Kota London mula disulami cahaya neon dan sorakan di Stadium Old Trafford kembali bergema. Ia hanya menandakan satu perkara penting: musim English Premier League telah tiba!
Musim ini bukan sekadar meraikan sukan elit, tetapi juga mencipta detik budaya dan gaya hidup. Semua peminat bola bersatu, restoran dibuka hingga lewat malam, drama baharu… cukup mengujakan!
Setelah berjaya meraih gelaran juara English Premier League musim lalu tanpa sebarang pembelian pemain baharu, tidak sabar rasanya untuk menyaksikan pembentukan “dream team” oleh pengurus Liverpool, Arne Slot. Penolakan Newcastle untuk menjual Alexander Isak pada harga tinggi turut menjadi perbualan hangat. Tidak ketinggalan, Chelsea yang berbelanja besar namun masih dibelenggu pemain yang dianggap “tidak stabil”. Semuanya mencetuskan desas-desus penuh kontroversi!
Manchester City kekal mempunyai depth yang paling kuat. Musim ini menandakan bukaan era baru Liverpool bersama Arne Slot. Liverpool mempunyai momentum dan potensi, namun perlu belajar dari kesilapannya pada defense yang membolos dua gol bersama Bournemouth. Arsenal yang kekal muda dan bersemengat, kemenangan keatas Manchester United pada malam tadi dapat menjadi sebuah signal kekuatan. Pasukan mana yang berpotensi untuk merangkul gelaran championship? Adakah Liverpool semula, atau dapatkah Manchester City meraih semula coretan dominonya?