Tahun 2026 nyata tidak menghampakan pencinta filem apabila deretan karya sinematik terus menghangatkan persaingan box office global. Namun, kemeriahan layar perak masih belum sampai ke penghujungnya! Menjelang dua bulan terakhir tahun ini, Hollywood mempertaruhkan sekuel blockbuster dan pengembaraan baharu yang dijangka menarik perhatian penonton seluruh dunia. Daripada aksi adiwira hingga dunia fantasi yang penuh nostalgia, berikut 5 filem paling dinantikan dan dijangka pecah panggung sebelum tirai 2026 melabuhkan layar. Amaran, spoiler alert!
Dijadualkan di IMAX sebagai pra-tonton pada 4 November 2026, Godzilla Minus Zero dijangka meneruskan fenomena pecah panggung yang dicetuskan oleh filem sebelumnya. Ditulis dan diarahkan oleh Takashi Yamazaki, naskhah ini merupakan sekuel langsung kepada Godzilla Minus One (2023). Berjaya meraih kutipan lebih USD116 juta di seluruh dunia serta memenangi Oscar bagi kategori Best Visual Effects pada 2024. Kejayaan luar biasa tersebut, Godzilla Minus Zero bukan sekadar menjadi antara filem yang dinantikan menjelang penghujung 2026, malah berpotensi membawa dimensi baharu kepada dunia sinema raksasa menerusi penceritaan dan teknologi visual yang lebih mengagumkan.

Gambar Ihsan The Playlist
Siapa yang tidak mengenali kejayaan Dune: Part One dan Part Two yang berjaya mencipta penanda aras baharu dalam dunia sinema fiksyen sains? Kini, pengarah Denis Villeneuve kembali menyempurnakan trilogi epiknya menerusi Dune: Part Three. Tambahan barisan pelakon A-list seperti Robert Pattinson dan Anya Taylor-Joy yang tampil dengan peranan lebih besar sebagai Alia Atreides. Menariknya, jalan cerita kali ini melangkaui 17 tahun selepas peristiwa filem terdahulu, memperlihatkan Paul Atreides, Timothée Chalamet sebagai seorang maharaja yang semakin kejam dan peperangan suci yang melanda seluruh galaksi. Dijadualkan pada 16 December 2026, filem ini berpotensi menjadi antara pencabar utama kutipan box office penghujung 2026.

Gambar Ihsan Radio Times
Kejayaan The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes (2023), francais ikonik ini kembali menerusi Sunrise on the Reaping. Dijadualkan menemui penonton pada 20 November 2026. Filem ini membawa penonton kembali ke dunia Panem, 24 tahun sebelum era Katniss Everdeen. Dibintangi juga Joseph Zada sebagai Haymitch muda dan McKenna Grace sebagai Maysilee Donner. Turut mencuri perhatian dengan kepulangan pelakon asal, Jennifer Lawrence, bersama Josh Hutcherson dan Woody Harrelson. Gabungan barisan pelakon hebat serta kisah perjuangan yang lebih mendalam menjadikan filem ini antara calon box office terbesar menjelang penghujung 2026.

Gambar Ihsan The Hollywood Reporter
Uniknya, sekuel kali ini membawakan kelainan apabila Jumanji: Open World mengubah formula asal francais komedi aksi dan pengembaraan ini. Jika filem terdahulu menyaksikan para pemain terperangkap dalam dunia permainan video, kali ini dunia Jumanji pula terlepas daripada konsol dan menceroboh realiti! Daripada haiwan liar hingga ancaman hutan yang mengganas di kawasan kejiranan, kekacauan tersebut menjanjikan pengembaraan lebih dramatik dengan sentuhan komedi yang menjadi identiti francais ini. Diarahkan oleh Jake Kasdan, filem ini turut menyaksikan kepulangan Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan bagi pengembaraan terakhir mereka. Dijadualkan menemui penonton pada 25 Disember 2026, Jumanji: Open World berpotensi menjadi antara tarikan utama box office musim perayaan.

Gambar Ihsan The Hollywood Reporter
Antara film yang sangat ditunggu para peminat tersendiri. Marvel Studios kembali mempertaruhkan francais adiwira terbesarnya menerusi Avengers: Doomsday yang dijadualkan menemui penonton pada 17 Disember 2026. Lebih menarik, Robert Downey Jr., yang cukup sinonim dengan watak Iron Man, kini kembali sebagai antagonis utama, Doctor Doom. Diarahkan oleh adik-beradik Russo, Anthony dan Joe Russo, filem ini bakal menyaksikan pertembungan dunia Avengers, Fantastic Four dan X-Men dalam menghadapi ancaman yang mampu menggugat seluruh multiverse. Dibintangi barisan pelakon A-list seperti Chris Hemsworth, Pedro Pascal, Florence Pugh dan Patrick Stewart, Avengers: Doomsday bukan sahaja menjanjikan aksi berskala besar, malah berpotensi mengulangi fenomena pecah panggung yang pernah dicipta oleh Endgame, sekali gus menjadi antara pencabar utama kutipan box office penghujung 2026.

Gambar Ihsan Cosmic Book News