LANGGAN

Inspirasi ‘Brew Corner’ Idaman Dari Cosentino & Lamarsa

Cipta ruang yang berfungsi dan sempurna untuk kopi harian anda!
Published: July 15, 2025

Cosentino, peneraju global dalam permukaan inovatif untuk seni bina dan reka bentuk dalaman, telah menjalin kerjasama bersama Lamarsa, pembekal kelengkapan kopi premium, bagi menganjurkan sesi reka bentuk dan kopi di Bilik Pameran Cosentino. Kolaborasi ini bertujuan memberi inspirasi kepada pencinta kopi, barista profesional dan pemilik kafe untuk mencipta ‘brew corner’ atau sudut bancuhan kopi idaman, sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun komersial.

Pengasas Grumpy Bagel Claire Tan di Cosentino X Lamarasa

Cosentino komited dengan menawarkan permukaan yang menggabungkan ketahanan dengan estetika yang luar biasa. Kerjasama bersama Lamarsa, jenama yang turut menekankan reka bentuk inovatif serta peralatan kopi berkualiti, menunjukkan bagaimana rekaan yang teliti boleh memperkaya pengalaman menikmati kopi, baik di rumah mahupun di Kafe.

Brewing bersama La Marzocco Linea Mini Espresso Machine

Tambahan juga, ruang bancuhan kopi tidak lengkap tanpa kopi yang hebat. Lamarsa memberi inspirasi kepada pencinta kopi dan profesional untuk meningkatkan brew corner dengan menggabungkan inovasi peralatan kopi terkini dan reka bentuk yang bijak.

Seni Membina ‘Brew Corner’ Bersama Cosentino

Leonard Mak, Pengasas LM Studio, berkongsi seni menghasilkan sudut kopi sempurna bersama Cosentino. Bagi Leonard, membina brew corner yang ideal bukan sekadar memenuhi cita rasa estetika, malah perlu meningkatkan cara bekerja.

Leonard Mak berkongsi tentang seni crafting your own perfect brew corner bersama Cosentino

“Prinsip paling penting ialah reka bentuk yang baik perlu memudahkan cara kita bekerja,” jelas Leonard. “Ia tentang mencipta ruang yang intuitif, berfungsi dan mudah digunakan, walaupun di rumah tanpa kemahiran barista profesional.”

Beliau turut mengingatkan cabaran utama yang sering dihadapi barista dan peminat kopi rumah iaitu pemilihan permukaan meja bancuhan kopi. Permukaan perlu tahan lasak, serta mampu bertahan daripada tumpahan kopi. Leonard mengesyorkan permukaan Dekton oleh Cosentino, hasil ujian beliau sendiri terhadap bahan seperti serbuk kunyit, wain dan sos tomato yang sukar untuk meninggalkan kesan. Permukaan Dekton terbukti mudah dibersihkan tanpa meninggalkan kesan.

Kesempurnaan dalam Seni Penyediaan Kopi

Shaun Liew, pengasas bersama ONO Specialty Coffee & Matcha dan Curated Coffee Roasters, yang juga juara barista dunia, turut berkongsi pandangan tentang kepentingan memilih peralatan kopi berkualiti tinggi.

Shaun Liew bersama Mahlkonig X64SD Coffee Grinder & la marzocco pico coffee grinder

“Dekton adalah antara permukaan yang saya sendiri pilih dan sangat syorkan,” kata Shaun. “Sebagai barista dan pemilik kafe, saya perlukan material yang tahan lasak untuk operasi harian — menampung mesin kopi berat, tahan haba dan calar. Dengan Dekton, saya boleh menyediakan dan menuang terus di atas kaunter tanpa rasa bimbang.”

Shaun Liew bersama La Marzocco Linea Micra Espresso Machine and La Marzocco Linea Mini Espresso Machine

Shaun turut memperkenalkan beberapa mesin kopi La Marzocco yang dibawa oleh Lamarsa. Antaranya ialah Linea Mini yang sesuai untuk kegunaan komersial, dan Linea Micra yang ideal untuk penyediaan kopi di rumah. Beliau menggunakan mesin-mesin ini untuk menghasilkan minuman khas seperti ‘Summer Paradise’. Ia merupakan kopi mocktail menyegarkan yang menggabungkan espresso, jus limau, mangga tropika dan sirap buah markisa, serta dilengkapkan dengan soda.

Signature coffee mocktail Summer Paradise oleh Shaun Liew
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down