LANGGAN

Peralatan Gim yang Wajib Ada Untuk Senaman Di Rumah

Memiliki peralatan gim di rumah bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga memberi anda fleksibiliti untuk bersenam mengikut jadual sendiri. Mulakan dengan peralatan asas dan tambah secara berperingkat mengikut keperluan serta ruang yang ada. Yang penting, pastikan anda konsisten dan menikmati setiap sesi senaman! Dumbbell Dumbbell adalah antara peralatan senaman yang serba boleh. Ia […]
Published: May 20, 2025

Memiliki peralatan gim di rumah bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga memberi anda fleksibiliti untuk bersenam mengikut jadual sendiri. Mulakan dengan peralatan asas dan tambah secara berperingkat mengikut keperluan serta ruang yang ada. Yang penting, pastikan anda konsisten dan menikmati setiap sesi senaman!

Dumbbell

Dumbbell adalah antara peralatan senaman yang serba boleh. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis latihan kekuatan seperti bicep curl, shoulder press dan lunges. Dumbbell mempunyai pilihan berat tersendiri yang membolehkan anda untuk memilih mengikut berat yang sesuai dengan anda.

Sumber: Pexels

Resistance Band

Resistance band sangat berguna untuk latihan kekuatan dan regangan. Ia ringan, mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk semua peringkat kecergasan. Tambahan pula, ia sangat berkesan untuk mengaktifkan otot yang sukar dicapai dengan peralatan biasa.

Sumber: Pexels

Yoga Mat

Jika anda melakukan senaman lantai seperti yoga, pilates atau regangan, tikar yoga adalah satu keperluan. Ia memberikan keselesaan dan melindungi badan anda daripada permukaan lantai yang keras.

Sumber: Pexels

Skipping Rope

Untuk kardio yang berkesan, skipping rope atau tali skipping adalah alat yang sangat berkesan. Ia membantu meningkatkan stamina, membakar kalori dan memperbaiki koordinasi badan. Hanya perlukan sedikit ruang, anda boleh dapatkan senaman kardio yang hebat di rumah.

Sumber: Pexels

Kettlebell

Seperti dumbbell, kettlebell juga bagus untuk latihan kekuatan. Ia sesuai untuk latihan seperti kettlebell swing, goblet squat dan Turkish get-up. Bentuknya seperti kettle, memberikan cabaran tambahan kepada otot anda.

Sumber: Unsplash

Adjustable Bench

Jika anda mempunyai ruang lebih di dalam rumah atau di dalam bilik dan anda inginkan susana seperti di gimnasium, anda boleh juga mencuba adjustable bench untuk pelbagai latihan kekuatan seperti bench press, dumbbell row dan tricep dip.

Sumber: Pexels
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down