Model Apple Watch baharu tahun 2025 termasuk model SE 3 kini tersedia di pasaran Malaysia setelah sebulan pelancarannya di acara khas Apple antarabangsa. Apple Watch SE 3 ini dilengkapi cip Apple S10, skrin dengan Always on Display serta kemampuan mengesan apnea tidur.

Model ini juga lebih mampu milik dan turut dilengkapi skrin Ion-X baharu. Selanjutnya, ia hadir dengan cukup ketahanan teguh. Empat kali ganda berbanding skrin SE 2 sebelum ini.
Ciri lain yang sudah pasti menjadi kepentingan merupakan saiznya. Ia kini ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Bateri model SE 3 ini juga boleh bertahan sehingga 18 jam dengan sekali caj dalam mod biasa, 32 jam dalam mod kuasa rendah dan pengecasan selama 15 minit sahaja untuk memberikan penggunaan sehingga 8 jam kali ini.
Hal yang membezakan model SE 3 dengan model Series 11 di mana ia dilancarkan serentak ialah jam tangan ini tiada sensor EKG. Hal ini bermaksud Apple Watch SE 3 tidak boleh menyukat kandungan oksigen dalam darah dan tiada ciri mengesan darah tinggi.

Kesimpulannya, model SE 3 ini sudah cukup baik berada dalam kelasnya tersendiri. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya dan ekosistem jenama gajet Apple dalam kehidupan seharian. Harganya yang berada pada julat mampu milik juga sudah pasti memberi banyak kelebihan!
Layari laman Apple berikut untuk mengetahui fitur model SE 3 lebih terperinci.