Dihiasi konsep suasana galeri yang diselubungi bayang, tekstur dan naratif visual mendalam, Royal Selangor rasmi mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2026 (SS26). Turut memulakan pengenalan koleksi ini, sebuah pratonton media yang intim dan eksklusif.
Ruang galeri yang direka dengan penuh rasa ini menjadi sekadar latar lanjutan kepada cerita yang ingin disampaikan mereka. Satu naratif tentang bagaimana seni pewter dihasilkan dalam pelbagai bentuk material berkonsep warisan. Ia terus berevolusi menjadi simbol kemewahan moden yang mewah.
Koleksi SS26 menampilkan kepelbagaian reka bentuk yang menggabungkan fungsi dan ekspresi artistik. Antara tumpuan, koleksi Earth extension oleh Rachel Gray yang menghidupkan elemen hidupan liar melalui figura haiwan menjadi peralatan rumah yang praktikal. Setiap karya ditampilkan dengan karakter tersendiri. Segalanya seolah-olah mengajak pemiliknya menghargai keindahan alam semula jadi Malaysia dalam bentuk yang lebih kontemporari.


Turut diperkenalkan siri Gasing, sebuah interpretasi arca yang diinspirasikan daripada permainan tradisional Malaysia. Diterjemahkan dalam bentuk moden, koleksi ini meraikan warisan budaya tempatan sambil memperkayakan bahasa reka bentuk global.

Dalam masa yang sama, rangkaian Domaine drinkware diperkemas dengan kehadiran decanter baharu yang elegan. Ini jelas memperlihatkan ketelitian jenama ini dalam menghasilkan objek yang bukan sahaja indah tetapi turut berfungsi dengan sempurna.
Menyentuh momen global dan ulang tahun istimewa, Royal Selangor turut mempersembahkan koleksi edisi khas. Antaranya seperti Winnie the Pooh 100th Anniversary, bust edisi terhad Star Wars, serta koleksi rasmi FIFA World Cup 2026™. Koleksi FIFA ini tampil sebagai interpretasi seni dalam bentuk drinkware, aksesori rumah dan figura maskot. Ini jelas menunjukkan fokus Royal Selangor mengangkat semangat acara sukan paling dinanti dunia ke dalam ruang gaya hidup dengan sofistikated.


Tidak hanya objek dekoratif, setiap rekaan dalam koleksi SS26 ini jelas berfungsi sebagai statement accent abadi. Segalanya bernilai dan sarat dengan cerita.
Royal Selangor sekali lagi membuktikan bahawa kecantikan sebenar terletak kepada perincian dan dalam keupayaan mengolah tradisi menjadi sesuatu yang relevan. Ia merentas masa dan sesuai untuk tontonan semua.
Koleksi penuh Musim Bunga/Panas 2026 kini boleh diterokai di laman rasmi Royal Selangor.