LANGGAN

Openfit Pro Taruhan Perdana Jenama Shokz

Revolusi audio 'open-ear' digalakkan menerusi fon telinga dengan teknologi unggul pengurangan hingar.
Published: May 15, 2026

Shokz, perintis teknologi audio pendengaran terbuka (open-ear), hari ini memperkenalkan model perdana terbaharunya, OpenFit Pro. Model revolusi ini menampilkan pemacu dwi-diafragma. Di mana teknologinya seiring fungsi pengurangan hingar dalaman. Hasilnya, ia menawarkan kualiti bunyi yang lebih teguh dan memuaskan, malah memberi kebebasan kepada pengguna untuk beralih antara mod pendengaran terus dan ’open-ear’. Segalanya melancarkan penggunaan mengikut kesesuaian persekitaran.

Majlis pelancaran produk tersebut juga telah menghimpunkan komuniti Shokz, penggemar teknologi, pempengaruh media sosial. Tidak ketinggalan rakan-rakan media yang hadir teruja untuk mencuba sendiri inovasi terbaharu dalam audio ’open-ear’.

Para tetamu turut berpeluang mencuba OpenFit Pro melalui pameran interaktif yang menonjolkan cara teknologi bunyi canggih ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup seharian. 

Ketepatan Perincian

Sejak tahun 2011, Shokz konsisten menghasilkan produk audio premium melalui reka bentuk ’open-ear’. Ia sinonim dengan jenama ini dengan mengutamakan keselesaan, keselamatan serta kepekaan terhadap persekitaran. Dicipta untuk prestasi harian, setiap inovasinya dikuasakan oleh Shokz OpenSound. Di mana teknologi tersebut menjadi sebuah sistem teras yang menggabungkan teknologi penghasilan bunyi canggih, algoritma audio pintar serta kawalan ketirisan bunyi. Secara tidak langsung terus mengoptimumkan pengalaman pendengaran terbuka.

Pada majlis pelancaran tersebut turut diadakan sesi perbincangan di antara pengulas teknologi, Adam Lobo selaku moderator. Selain itu turut diundang pakar kecergasan dan kesihatan Dr. Say Shazril, usahawan dan pencipta kandungan Timothy Tiah serta penyampai radio, personaliti TV dan pencipta kandungan, Hunny Madu.

Perbincangan tersebut mengupas bagaimana trend audio ‘open-ear’ mencorak gaya hidup moden. Sekali gus membolehkan pengguna kekal peka kepada persekitaran luar, terhubung dan produktif dalam kerja harian mahupun aktiviti riadah. Ia juga mencerminkan permintaan yang kian meningkat terhadap pengalaman audio yang lebih seimbang dan realistik.

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down