Berlari jarak jauh dan menyertai acara sukan lasak seperti Tough Mudder memerlukan bukan sahaja kekuatan fizikal, tetapi juga strategi dan gear berteknologi. Berikut adalah lima produk kecergasan yang boleh menjadi pilihan untuk anda memaksimal prestasi kecergasan diri.
Garmin Fenix 8 AMOLED boleh menjadi pilihan utama anda. Harganya yang bermula RM6,240 (51mm) dengan GPS ini menawarkan keterfungsian dari pelan latihan percuma, pemantauan kecergasan termasuk tidur dan tekanan. Selain itu, skrin AMOLED yang terang dan bateri tahan lebih seminggu juga menjadi kelebihan. Tambahan lagi, Fenix 8 turut dilengkapi lampu suluh LED, rakaman memo suara dan kawalan suara. Ciri inilah yang menjadikannya antara jam tangan latihan kecergasan paling canggih di pasaran sekarang.
Untuk jam tangan pintar terbaik yang juga tahan lasak, Apple Watch Ultra 2 memang sepatutnya menjadi opsi pilihan unggul. Ia menyokong rangkaian selular, aplikasi mudah alih dan cukup tahan diuji dalam apa jua acara lasak. Kemas kini watchOS 26 baharu juga dikatakan akan memperkenalkan Workout Buddy. Ciri tersebut adalah manfaat AI yang memberikan maklum balas masa nyata berdasarkan sejarah kecergasan, beban latihan dan Activity Rings.
Bagi latihan larian dan berbasikal pula, cermin mata pintar ini memaparkan metrik penting seperti data dari Strava Live. Ciri ini membolehkan anda bersukan tanpa perlu anda menoleh ke jam tangan. Sesuai untuk semua sukan, Engo 2 boleh dihubungkan dengan Garmin Fenix 8 dan Apple Watch untuk paparan masa nyata.
Hasilnya? Anda kekal fokus di hadapan dan prestasi kecergasan anda meningkat dengan lebih konsisten.
Latihan silang seperti berenang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang mahukan senaman mudah dan berimpak rendah. Gogal ini memaparkan maklumat seperti masa, pace dan jarak di depan mata kanan anda. Ia juga boleh membantu anda berenang lurus di kawasan terbuka dan lebih fokus.
Dengan sensor kadar jantung optikal dan pengesanan gaya renang automatik. Ciri itulah membolehkan anda bergerak lebih bebas semasa berenang.
Selanjutnya, aktiviti berbasikal juga bukan sahaja membina stamina, tetapi juga memberi peluang anda menikmati alam sekitar. Wahoo Elemnt Ace juga harus anda beri perhatian kerana reka bentuk butangnya yang lebih ergonomik. Paparan besar yang tersedia juga menjadikan bacaan kecergasan mudah dipantau.
Fungsi unik seperti loceng elektronik, pengesanan kelajuan angin dan paparan metrik boleh laras akan menjadikan pengalaman menunggang anda lebih selesa. Walaupun hayat bateri hanya bertahan selama 15 jam, ia sudah memadai untuk pelan latihan mingguan.