LANGGAN

Medium Ekspresi Diri, CASEBANG Buka Stor Ke-4 Di Sunway Pyramid!

CASEBANG mengembangkan pasarannya di Lembah Klang.
Published: January 31, 2026
casebang

Memunggah kembali sebakul kenangan silam. Mungkin 15 atau 16 tahun lalu. Case telefon bimbit atau perlindungan telefon bimbit hanyalah sekadarkan cuma cukup untuk menudung telefon pintar. Rona senada atau rekaan lut sinar untuk mengelakkan kesan calar. That’s it. Sebagai medium mengekspresikan diri? Tidak terbayang dalam fikiran. Tidak tersedik dalam hati. Landskap digital masa kini? Ya, sarung perlindungan telefon pintar adalah lambang peribadi anda… dan CASEBANG adalah antara jenama yang mendukung kuat idea tersebut!

Sarung perlindungan telefon pintar diumpamakan sebagai aksesori tambahan, simbol gaya dan ideogram ekspresi diri. CASEBANG faham evolusi ini sejelas-jelasnya, lalu menjadikan ia sebagai teras jenama. CASEBANG menggabungkan estetika moden, kontemporari dengan kepraktisan. Setiap rekaan yang tersedia sangat menonjol secara visual, malah menjanjikan aspek perlindungan yang boleh diharap. Setiap sarungnya menggunakan bahan berkualiti tinggi, menawarkan perlindungan jatuhan, anti-kekuningan serta disempurnakan dengan teknologi kusyen sudut berkonsepkan beg udara yang mampu melindungi telefon pintar. 

casebang

Melanjutkan bicara tentang keunikan jenama ini adalah ImagiSnap® - sistem  sarung telefon boleh tanggal pertama di dunia. Inovasi ini membolehkan pengguna menggantikan penutup sarung berdasarkan gaya, moodatau acara dan ia tidak menjejaskan struktur perlindungan asas. Pendekatan ini cukup Istimewa dan ia meraikan kebebasan berekspresi buat si pengguna dalam dunia aksesori teknologi. 

CASEBANG buka stor keempat di Lembah Klang

Kini, CASEBANG melangkah lebih jauh. Ia menegapkan kehadirannya di Malaysia – membuka stor fizikal keempat di Sunway Pyramid! Terletak di aras bawah, berhampiran dengan arena luncur ais, stor baharu ini menawarkan pengalaman menarik buat pelanggan-pelanggan yang datang. Serasa imersif, membenarkan pelanggan-pelanggan merasai produk-produknya secara fizikal. Di sinilah mereka boleh menedekati produk, menyentuh dan merasai sendiri perincian rekaan yang menjadi identiti.

casebang

Pemilihan Sunway Pyramid adalah berpandukan faktor demografi yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti, keluarga dan golongan anak muda yang mementingkan gaya.  Pusat beli-belah ini mencerminkan semangat CASEBANG yang mengutamakan keunikan individu dan pembukaan stor ini bukan sahaja mengukuhkan kehadirannya di Lembah Klang, malah adalah strategi untuk mengembangkan lagi pasarannya di seluruh Malaysia.

casebang
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down