Sempena ulang tahun ke-15, CASETiFY sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju aksesori teknologi berestetika tinggi. Ini diterjemahkan menerusi kolaborasi eksklusif bersama ikon global K-pop dan simbol budaya kontemporari, G-DRAGON. Dinamakan “CHROMATIC: FORMS & HUES”, koleksi ini meraikan dualiti artistik yang menjadi identiti kuat figura berpengaruh tersebut. Menterjemahkan struktur seni dan kebebasan, minimalisme dan ekspresi berwarna.

Kolaborasi ini diterjemahkan melalui dua bab utama yang saling melengkapi. “CHROMATIC: FORMS” menampilkan kemuncak inovasi CASETiFY menerusi Alloy Ripple Case, evolusi avant-garde kepada rekaan Ripple ikonik jenama ini. Diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi, sarung telefon ini menonjolkan kemasan logam yang sofistikated. Ia memberi sentuhan futuristik yang selari dengan citarasa kehidupan moden. Ia juga dilengkapkan dengan rangkaian aksesori logam terpilih seperti custom metal charm cubes serta rantai silang 2-dalam-1 yang versatil. Sangat praktikal namun tetap bergaya.
Sementara itu, “CHROMATIC: HUES” meraikan sisi ekspresif G-DRAGON dengan memperkenalkan lima warna baharu yang berani ke dalam koleksi Ripple. Setiap rona direka untuk mencerminkan individualiti dan keyakinan diri, menjadikan peranti harian sebagai kanvas peribadi yang penuh karakter.
Kerjasama ini menandakan satu langkah strategik buat CASETiFY apabila G-DRAGON diumumkan sebagai Global Brand Ambassador pertama, atau Global iCON. Dalam peranan ini, beliau bukan sahaja menjadi wajah kempen, malah terlibat secara langsung dalam membentuk hala tuju kreatif dan peranan jenama sepanjang tahun. Satu pendekatan baharu yang mencerminkan hubungan autentik antara artis dan jenama.
Dengan “CHROMATIC: FORMS & HUES”, CASETiFY dan G-DRAGON membuktikan bahawa aksesori teknologi tidak lagi sekadar fungsi pelengkap atau aksesori. Dalam masa sama ia satu bentuk ekspresi gaya hidup. Untuk mereka yang menghargai rekaan berjiwa seni dan keberanian dan ingin sentiasa tampil berbeza, koleksi ini adalah simbol pertemuan sempurna inovasi dan identiti.