LANGGAN

Warisan Tempatan Bertemu Gaya Kontemporari Di ATAS, The RuMa

Satu pengalaman kulinari yang luar biasa oleh Chef Suhalmi Tasir
Published: May 30, 2025

ATAS, The RuMa Hotel and Residences memperkenalkan menu terbarunya yang berasaskan warisan kulinari Malaysia, dengan sentuhan moden yang elegan. Dengan air tangan Eksekutif Chef Suhalmi Tasir, menu ini mengetengahkan kepakaran beliau dalam masakan tempatan, memberi nafas baru kepada citarasa Malaysia yang kaya dan beraneka.

Antara menu menarik yang disajikan oleh Chef Suhalmi Tasir

Menu yang diperbaharui ini bukan sekadar hidangan, tetapi ia juga adalah satu penghormatan kepada tradisi masakan negara, disampaikan melalui penyediaan kreatif, teknik warisan dan persembahan yang halus. Setiap hidangan direka dengan teliti untuk mengekalkan semangat asli masakan Malaysia, sambil memberikan pengalaman menjamu selera bertaraf antarabangsa yang penuh cita rasa.

Hidangan Berasakan Warisan Melayu

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk Beef Rib Rendang Tok yang dimasak perlahan menggunakan angus beef, Udang Galah Otak-Otak yang penuh rasa dan keunikan campuran bersama bahan yang menyelerakan, serta pencuci mulut nostalgik yang diberi sentuhan moden seperti Bubur Cha-Cha Parfait dan Cendol bersama Ais Sagat yang istimewa.

Laksam Kelantan
Ais Sagat bersama pandan Cendol

ATAS kini menjemput para pengunjung untuk menikmati Executive Set Lunch dan menu à la carte untuk makan tengah hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang, Isnin hingga Sabtu. Manakala makan malam pula à la carte yang disediakan setiap hari dari jam 6:00 petang hingga 10:00 malam.

Untuk pertanyaan atau tempahan, hubungi The RuMa Hotel and Residences di 03 2778 0763, emel ke atas@theruma.com atau layari www.theruma.com untuk maklumat lanjut.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down