Cukuran yang rapi bukan sahaja mencerminkan kebersihan diri, malah menambah keyakinan dalam penampilan harian. Ini adalah lima perkara penting yang sering dilupakan ketika bercukur yang perlu diambil demi penampilan yang kemas dan profesional:
Permukaan terbaik untuk bercukur ialah permukaan yang rata. Tarik kulit wajah agar tegang di bahagian tertentu untuk menghasilkan permukaan yang lebih licin, sekaligus memudahkan pergerakan pisau cukur.
Jika anda mempunyai facial hair yang kasar, gunakan krim cukur untuk melembutkannya. Biarkan krim tersebut meresap sekurang-kurangnya satu minit sebelum anda mula mencukur.
Lihat wajah anda di cermin dan perhatikan arah pertumbuhan bulu. Cukur mengikut arah pertumbuhan bagi mengurangkan geseran dan mengelakkan kerengsaan atau luka akibat cukuran.
Dapatkan nasihat daripada tukang gunting rambut anda. Corak pertumbuhan rambut setiap individu berbeza, jadi kenali keperluan diri anda sendiri.
Elakkan menggunakan penyegar muka berasaskan alkohol kerana ia boleh mengeringkan kulit. Sebaliknya, pilih moisturizing shave creams dan aftershave balms yang bersifat melembapkan bagi menjaga kesihatan kulit wajah.