LANGGAN

Fashion Musical Chairs - Siapa Pengarah Kreatif Untuk Rumah Fesyen Agung?

New Fashion Class of 2025
Published: May 26, 2025

Jonathan Anderson ke Dior Men, Matthieu Blazy ke Chanel dan terbaharu, Pierpaolo Piccioli pula ke Balenciaga, barisan pengarah kreatif rumah fesyen utama ini akan mempersembahkan koleksi debut tahun ini. 

Kerusi berirama fesyen terus berputar rancak dengan pengumuman Pierpaolo Piccioli yang bakal menduduki kerusi pengarah kreatif untuk Balenciaga. Putaran terbaharu ini berlaku selepas Demna Gvasalia yang telah memodenisasi rumah fesyen asal Sepanyol itu berpindah ke Gucci. Perlantikan dan pemecatan yang berlaku ini bukan sahaja memberikan kejutan kepada peminat fesyen, malahan bakal mengubah lanskap fesyen secara keseluruhan.

Debut Pengarah Kreatif Untuk Musim Bunga Panas 2026

Pementasan koleksi musim bunga panas 2026 bermula dengan minggu fesyen menswear pada Jun ini. Manakala, minggu fesyen untuk himpunan sedia-pakai wanita pula akan diadakan pada September ini. Sudah pasti, koleksi debut Jonathan Anderson untuk Dior Men akan mencuri perhatian lantas menjadi momen fesyen paling ditunggu-tunggu tahun ini. 

Adakah dunia fesyen akan dikejutkan lagi dengan koleksi menswear daripada Chanel? Gosip jalanan mula menjadi bibit-bibit pemain fesyen selepas perlantikan Matthieu Blazy sebagai Pengarah Kreatif Chanel yang baru. Hanya setahun yang lalu, Matthieu mengetuai pasukan kreatif Bottega Veneta yang menjadi kegilaan peminat juga pengkritik fesyen antarabangsa. Mampukah pereka fesyen kelahiran Paris itu mengubah Chanel lari daripada bayangan Karl Lagerfeld? 

Pasangan duo dibelakang kegemilangan Proenza Schouler, Jack McCollough dan Lazaro Hernandez pula bakal mengikuti jejak langkah Jonathan Anderson di Loewe. Selepas mengambil alihan Prada Group ke atas Versace, Dario Vitale yang sebelum ini merupakan pengarah desain Miu Miu dilihat akan menghembuskan nafas baharu kepada rumah fesyen ikonik Itali itu. 

Siapa IN dan siapa pula OUT?

IN - Jonathan Anderson ke Dior Men

IN - Pierpaolo Piccioli ke Balenciaga

OUT - Sabato De Sarno keluar Gucci

IN - Matthieu Blazy ke Chanel

IN - Jack McCollough & Lazaro Hernandez ke Loewe

OUT - Donatella Versace keluar Versace

IN - Demna Gvasalia ke Gucci

IN - Louis Trotter ke Bottega Veneta

OUT - Kim Jones keluar Dior Men

IN - Simone Bellotti ke Jil Sander

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down