LANGGAN

Exosome Youth Therapy Dari Asterspring Untuk Lelaki dan Hasilnya?

Exosome Youth Therapy untuk lelaki. Berkesan?
Published: October 14, 2025

Pernah cuba rawatan Exosome Youth Therapy di AsterSpring? Rakan sekerja saya mencadangkan rawatan ini setelah saya mengomel tentang keadaan kulit saya yang terasa kurang sihat. Barangkali faktor usia atau jadual yang terlalu padat dengan kerja, sehinggakan tiada masa untuk menjaga kulit sebaik-baiknya. Bukan sahaja kurang sihat, malah kepejalan pun makin hilang dan rona kulit dilihat seperti tak sekata. 

Ada ketikanya rasa segan untuk ke acara-acara tertentu, mempamerkan diri sebegitu. Komen orang pun, “You look tired!” 

Rakan sekerja saya yang juga pengarah kecantikan dan grooming, Amira menyarankan rawatan Exosome Youth Therapy dari Aster Spring - sesi rawatan wajah anti-penuaan generasi baharu. Exosome Youth Therapy ini menjanjikan pembaikan dinding kulit yang terjejas, mengembalikan keanjalan kulit dan meremajakan kulit dari dalam. Lantaran mendengar cadangan tersebut, saya tidak teragak-agak untuk berkata “ya” kepada rawatan ini. 

Rawatan Exosome Youth Therapy di AsterSpring

asterspring

Setibanya ke Aster Spring yang terletak di Pavilion Damansara Heights, saya bertemu dengan konsultan kecantikan yang menyambut kedatangan. Sebelum memulakan rawatan, perundingan dijalankan terlebih dahulu - bertujuan untuk mengetahui keadaan kulit, segala alahan serta meneliti hidrasi kulit. Selepas berkongsi maklumat tentang rutin harian bersama konsultan kecantikan, saya malah didedahkan dengan faktor-faktor yang memungkinkan penyebab kulit menjadi tidak sihat. 

Di samping faktor yang dinyatakan awal tadi (di atas), pada peringkat sel, gabungan sel yang rosak, fibroblas yang lemah dan penghalang lipid yang terganggu boleh menyebabkan aktiviti sel penting tidak lagi dapat berfungsi pada kadar optimum. Terkadang, hal sebegini menjadi punca kesihatan tidak mampu lagi berkompromi dengan keadaan kulit. Selepas penyelidikan dan pembangunan yang mendalam, Aster Spring menemui penyelesaian untuk menangani masalah kulit yang semakin biasa ini dalam era masa kini. 

Ketika kulit saya diteliti, keadaan hidrasi tidak mencapai tahap average. Tahap kelembapan kulit saya tidak punya masalah, namun disebabkan kurang penjagaan rapi, kepejalan menjadi kurang dan liang pori membesar. Exosome Youth Therapy diperkenalkan untuk menghindarkan diri daripada mendepani masalah begini. Revolusi Exosome Youth Therapy dikuasakan oleh teknologi bakteria + pro-resolution dan eksosom vegan. 

Terdapat eksosom pada asas rawatan ini - sel mikroskopik yang berasal daripada sel hidup, yang membawa arahan penting untuk membantu menjana semula kulit, mempercepat penyembuhan dan mengurangkan tekanan oksidatif.

asterspring

Apa yang membezakan rawatan wajah berteknologi tinggi ini daripada rawatan wajah konvensional adalah penggunaan 10 bilion Eksosom Vegan oleh Dermalogica, yang diperoleh daripada Lactobacillus, mikroorganisma berasaskan tumbuhan yang unik dan sangat menyerupai sel manusia. 

Eksosom ini merupakan utusan bio-identikal yang berupaya berinteraksi secara langsung dengan kulit dan mikrobiom manusia, merangsang proses pembaikan sel, penghasilan kolagen serta mempercepatkan penjanaan semula kulit dari dalam. Ini bukan sekadar rawatan wajah biasa, ia adalah pengalaman kecantikan berasaskan sains yang dirumus dengan ketepatan tinggi dan direka untuk menangani tanda-tanda penuaan pada tahap selular serta memberikan hasil yang nyata serta berpanjangan.

Proses Rawatan AsterSpring dan Hasilnya?

Pertama sekali, kaedah mencuci muka sebanyak dua kali atau pembersihan berganda dilakukan. Kulit wajah dibersihkan secara lembut dengan melakukan pengelupasan tiga-langkah bagi menanggalkan sel-sel kulit mati. Ia menampilkan One Step prep, Ultrabrught Peel dan Neutralizing Solution. Proses ini mempertingkatkan kepekaan kulit, membenarkan penyerapan eksosom untuk menjadikan keberkesanannya lebih maksimum. 

Sejurus selepas itu, Daily Milkfoliant dan Dailt Microfoliant dilakukan pada bahagian mata serta leher, bertujuan untuk melembutkan tekstur kulit. Pada masa yang sama menyingkirkan sel mati. Selepas pengelupasan, urutan dilakukan kepada bahagian wajah - mengidentifikasikan key pressure point pada wajah dan urutan tersebut berlanjutan ke bahagian bahu serta leher sekali. Pabila wajah sudah bersedia dan dibersihkan sepenuhnya, barulah rawatan anti-penuaan dilakukan. 

Rutinnya bermula dengan pengaktifan eksosom Lactobacillus beku, direka untuk menghidupkan semula vitaliti, tekstur dan keanjalan kulit seraya mendukung pemulihan selepas rawatan. Eksosom ini dicampur dengan ampul kaya Oligopeptide-1, Fosfolipid dan Niacinamide, yang turut membekalkan kelembapan intensif melalui Ekstrak Cendawan, Panthenol dan Asid Hialuronik, menguatkan penghalang kulit dan menenangkan kerengsaan. Kemudian, Dermalogica Pro Pen digunakan untuk nanoinfusi bahan-bahan ini ke lapisan kulit terdalam menggunakan hujung nano mikroskopik, memberikan kesan maksimum tanpa invasif.

asterspring

Proses ini membantu memperhebat tekstur kulit dan memngenal pasti tanda-tanda yang memperlihatkan penuaan kulit pra-matang. Masque treat dilakukan seterusnya, yang menggunakan Brightening Mask - yang diformulasikan dengan eksosom ekstrak bunga Camelia Japonica Callus, disempurnakan Vitamin A, C dan E berserta asid lemak (Omega-3, 6 dan 9). 

Seterusnya, ritual bermula dengan masker mata dua langkah - Colloidal Masque menyelimuti kulit dengan kelembapan, diikuti oleh Hydra Cool Revival Masque yang membangkitkan semula keanjalan dan kesegaran di sekeliling mata. Pengalaman Exosome Youth Therapy ditamatkan dengan sentuhan terakhir yang sempurna, yakni face mist antioksidan, pelembap, SPF dan serum berwarna. Umpama sebuah simfoni penjagaan kulit yang memelihara, melindungi dan mencerahkan, meninggalkan wajah berseri serta halus!

Usai rawatan, saya dibawa untuk menjalankan ujian penelitian hidrasi kulit sekali lagi untuk melihat perbezaan. Hasilnya? Kelembapan kulit wajah saya berimbangan dengan elastic skin, tekstur juga menjadi semakin lembut dan… pori-pori wajah saya mengecil! Tambahan lagi, kadar hidrasi juga bertambah dan menjangkaui batas ‘average’. 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down