Foundation, concealer dan sedikit celak mata… Kini semakin ramai lelaki tampil berani dengan mengenakan solekan setiap hari. Walaupun lelaki berimej glam dengan solekan bukanlah sesuatu yang asing untuk jejaka zaman kini, namun trend ini semakin menular dalam rutin harian lelaki moden. Dari pejabat ke acara malam, penampilan segar dan berseri bukan lagi eksklusif untuk selebriti. ELLE senaraikan 5 produk grooming lelaki yang wajib ada tanpa nampak seperti anda memakai solekan pun!
Persiapan kulit yang teliti, olesan concealer dan sedikit bronzer... goes a long way! Dalam dunia grooming lelaki moden, segalanya tentang hasil yang anda mahukan. Cari produk yang betul untuk kulit anda dan ambil masa. First you crawl, then you walk, then you run — peraturan ini adalah sama dalam dunia solekan lelaki juga. Jadi, bersinar ikut rentak sendiri kerana it’s all about finesse.