LANGGAN

5 Momen Fesyen Menurut Karakter Filem & Siri TV Untuk Panduan Bergaya Anda

Ikon fesyen daripada kaca skrin ke almari anda.
Published: May 20, 2025

Filem dan siri TV kini penuh dengan detik dan watak fesyen ikonik yang meninggalkan kesan yang mendalam dan membangkitkan pelbagai emosi. Daripada stail streetwear ke brat dan demure... trend mungkin datang dan pergi, tetapi gaya karakter filem dan TV kekal untuk kita kagumi berulang kali. Ini senarai ELLE untuk lima momen fesyen paling berpengaruh daripada kaca skrin.

1. Eddie Horniman (Theo James) – The Gentlemen

Watak protagonis Eddie Horniman dalam siri Netflix arahan Guy Ritchie, dilihat menggayakan stail Old Money, seperti sut yang ditempah khas dan gaya golongan atasan fesyen aristokrat British mengiringi watak-watak dalam pelbagai plot twist. Bergaya dan sofistikated, Eddie menonjolkan jaket Barbour, kot tebal, tuksedo, fabrik tweed dan golf cap, it's the ultimate gentlemen's fashion.

2. Max Pezzali (Elia Nuzzolo) dan Mauro Repetto (Matteo Oscar Giuggioli) – Hanno Ucciso l’Uomo Ragno

Siri TV Itali yang yang mengisahkan tentang Max Pezzali dan Mauro Repetto yang melalui perjalanan panjang daripada bertemu di sekolah di Pavia, kepada menubuhkan kumpulan 883 sehinggalah menempa kejayaan besar pertama mereka. Siri ini membawa kita kembali ke zaman muda-mudi, tanpa beban dan semangat mengejar minat yang boleh membawa kita jauh.

3. Patrick Zweig (Josh O'Connor) dan Art Donaldson (Mike Faist) – Challengers

Perlu diingatkan bahawa Jonathan Anderson (kini Pengarah Kreatif untuk Dior) merupakan costume designer untuk filem ini dimana tenis menjadi fokus utama. Bukan sahaja sportswear, malah leisurewear banyak ditampilkan dalam momen-momen fesyen yang cukup menginspirasikan. Jenama besar seperti Loewe, Cartier, Juicy Couture, Adidas banyak dipamerkan menerusi watak-watak utama dalam filem ini.

4. Dexter Mayhew (Leo Woodall) - One Day

Siri TV adaptasi Netflix daripada novel karya David Nicholls mengisahkan tentang Emma dan Dexter, dua rakan universiti dalam perjalanan menyentuh hati bahawa perjalanan cinta sejati tidak selalunya lancar dan mudah. Namun, antara highlight dalam siri ini ialah stail fesyen yang ditonjolkan oleh watak Leo Woodall menerusi karakter playboy Dexter Mayhew, yang dilihat sering menggayakan aksesori seperti jam tangan, cincin dan cermin mata sebagai pelengkap gayanya.

5. Ivan (Mark Eydelshteyn) - Anora

Pereka kostum filem Oscar-winning ini, Jocelyn Pierce melihat Anora sebagai sebuah kisah tentang American dream. Bagi sesiapa yang pernah menonton Anora, fesyen merupakan ramuan utama dalam menjayakan filem ini. Watak Ivan, lakonan Mark Eydelshteyn dilihat kerap menggayakan jenama mewah seperti Gucci, Prada, Balenciaga dan Raf Simons untuk mengguatkan karakternya sebagai anak taikun Russia.

Topics: , , ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down