Pabila berbicara tentang penjagaan wajah, tiada lagi sebetulnya jurang jantina dan usia. Untuk lelaki hari ini hal penjagaan wajah bukan lagi ‘taboo’ dalam rutin seharian. Sejak era 2000 ketika istilah metroseksual begitu dikaitkan dengan David Beckham dan Awal Ashaari - lelaki mula peka dengan kepentingan penjagaan wajah.
Tidak lagi tentang hal asas membersihkan wajah dengan tuntutan disiplin, lelaki hari ini juga semakin bijak dalam mengenal dan mempraktikkan hal yang tepat dalam rutin grooming mereka. ELLE Men membawakan perihal exfoliate dan mengapa lelaki harus EXFOLIATE!
Pengeksfoliatan atau pengelupasan adalah satu proses yang dilakukan bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dari lapisan atas permukaan kulit. Hasil daripada proses ini adalah akan melihat satu perbezaan ketara pada permukaan kulit yang tidak lagi kusam dan kembali bersih.
Secara saintifik, kulit wajah manusia diperbaharui kira-kira setiap 28 hari dan setiap kali ia diperbaharui, kulit mati masih akan kekal di wajah. Jadi disebabkan oleh itu, pengeksfoliatan penting untuk membuang kesemua sel kulit mati yang masih ada di permukaan wajah. Ia penting untuk dibuang bagi mengelakkan kulit kelihatan kusam dan tidak berseri.
Bagi lelaki yang sentiasa bercukur, disarankan untuk melakukan proses ini terlebih dahulu sebelum bercukur. Ia sangat membantu anda yang berjambang terutamanya untuk mematikan beard dandruf yang berkait rapat dengan kebersihan dan kesihatan. Kekerapan untuk proses ini dilakukan sebaiknya dua sehingga tiga kali seminggu.
ClarinsMen Exfoliating Cleanser
Pencuci muka 2 in 1 dengan skrub ini mampu menanggalkan lebihan minyak, kotoran dan sel kulit mati yang membuat kulit kelihatan kusam dan letih. Diformulasi dengan esen pengelupasan lembut termasuk serbuk lava semula jadi dan mikrogel bebola asid salisilik. Hasilnya, ia mengurangkan bintik hitam dan pori tersumbat secara perlahan.
Paula's Choice 2% BHA Liquid Exfoliant
Toner pengelupasan harian dengan bahan utama asid salisilik. Produk ini cukup ikonik dan terbukti secara klinikal mampu membersihkan pori tersumbat dengan cepat dan mengawal kulit berminyak bagi mendapatkan kulit yang bersih dan berseri.
Clinique Men's Exfoliating Face Scrub
Produk penting sebelum bercukur ini menyingkirkan sel kulit mati dan minyak berlebihan. Ia juga menjadi roduk sempurna membersihkan jambang. Teksturnya cukup lembut di permukaan kulit dan mampu memastikan proses bercukur lebih sempurna dan bebas luka.