LANGGAN

ELLE Men Cuba: Empat Produk Pilihan Minggu Ini

Produk penjagaan kulit ELLE Men minggu ini!
Published: May 28, 2025

Dicipta untuk wanita tapi tak salah dicuba lelaki. ELLE Men mencuba empat produk pilihan minggu ini untuk semua lelaki.

Paloma 24/7 Face Hydrator

Paloma meraikan bahan semula jadi dalam penghasilan produk penjagaan wajah mereka. Face Hydrator ini hadir dengan tekstur ringan tetapi masih memaksimakan kesan pada penggunaan. Bahan utama seperti ekstrak Centella Asiatic berfungsi memberi kelembapan kulit yang seimbang.

PIXI DetoxifEYE

Dark circle no more. Setelah mencuba produk ini hampir tiga bulan apa yang anda perhatikan adalah kesan lingkaran hitam bawah mata yang mula memudar. Hal paling menarik untuk ia tidak menjadi alasan setiap lelaki tidak memilih produk ini adalah kerana ia cukup mudah digunakan. Hassle free!

Rare Beauty Hydrating Body Lotion

Masalah kulit kering daripada aktiviti harian dan faktor terdedah pancaran matahari jarang diberi perhatian oleh lelaki. Namun hal ini ada solusinya jika diberi lebih perhatian - Rare Beauty Hydrating Body Lotion jawapannya. Dicipta dengan tekstur yang tidak melekit pada kulit, ia memiliki daya serapan yang cukup cepat dan yang paling penting botolnya dicipta dengan begitu mudah digunakan.

Kravebeauty Great Barrier Relief

Masalah kulit berminyak dan pori terbuka menjadi isu utama kebanyakan lelaki. Kravebeauty ada jawapan untuk satu perubahan yang ketara. Bahan utamanya, Tamanu Oil bertindak sebagai bahan perangsang yang disebut sebagai skin-healing dan Niacinamide membantu tona kulit lebih sekata.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down