Lelaki dan penjagaan rambut memang berpisah tiada. Bukan sahaja perempuan, lelaki sebenarnya turut menghabiskan masa yang lama tatkala bersiap sebelum keluar rumah. Ini terjadi kepada saya dan sang suami. Produk penjagaan rambutnya jangan dicerita. Lebih banyak daripada saya. Tertarik untuk bertanya antara banyak-banyak produk rambut, yang manakah menjadi pilihan utama dan paling penting mesti ada sewaktu berdandan rambut. Katanya, selain hair wax, hairdryer juga ternyata sama penting.
Hari ini sahaja kita melihat pengering rambut atau hairdryer ini memang berlambak di pasaran. Jika dahulu, kita hanya tahu menekan butang ‘on’, terus rambut pun dikeringkan. Kini tidak lagi, siap ada feature yang connect dengan telefon pintar untuk mengawal kadar masa yang sepatutnya haba bersentuh dengan rambut dan kulit kepala. Amazing.
Setelah melihat pelbagai jenis hairdryer yang dipasarkan, kami merumuskan Dyson Supersonic r™ adalah antara pengering rambut dengan pengamalan serta feature terbaik buat anda.
Yang Menarik Tentang Dyson Supersonic r™ Menurut Kami
Dyson Supersonic r™ RM2599
Baru-baru ini Dyson memperkenalkan produk styling rambut terkini yang dipanggil Dyson Supersonic r™, ia amat menarik perhatian saya. Apabila demonstrasi dijalankan, perkara pertama bermain di fikiran adalah ia satu produk pengering rambut yang bakal memudahkan setiap lelaki untuk gunakan sebelum pergi bekerja atau keluar ke apa-apa acara.
Pada Februari 2024 (tahun yang lalu), Dyson pernah memperkenalkan pengering rambut Supersonic r™ ini sewaktu minggu fesyen Luruh 2024. Dan ia hanya secara eksklusif digunakan oleh para pendandan rambut profesional. Ia dilengkapi dengan pemanas aliran teknologi baharu yang telah diperkemas, motor Dyson Hyperdymium™ dan sensor Radio Frequency Identification (RFID) pintar yang mampu berkomunikasi dengan pengering rambut, secara automatik melaraskan motor dan pemanas untuk memberikan aliran udara dan suhu yang optimum.
Ramai yang teruja apabila mendengar ciri-ciri hebat di dalam hairdryer ini dan kini orang ramai mampu memilikinya setelah Dyson melancarkan pada umum pada April yang lalu.
Kami boleh katakan, pengering rambut Dyson Supersonic r™ ini adalah merupakan alat penggayaan rambut yang paling berkuasa, ringan dan tepat pernah dihasilkan daripada Dyson setakat ini. Berbicara tentang saiznya yang cukup mesra kembara di mana ia berukuran 30 peratus lebih kecil, 20 peratus lebih ringan dan lebih mudah dikendalikan berbanding pengering rambut Supersonic™ yang asal.
Memiliki pelbagai attachment sesuai mengikut gaya dan kehendak si pengguna, kami gemarkan attachment "Pro Concentrator" di mana ia mampu menyemburkan angin secara tepat ke bahagian rambut yang diingini. Maka, jika anda ingin menggayakan rambut dengan lebih kemas, terarah dan profesional — attachment ini sememangnya pilihan yang tepat untuk membantu membentuk gaya rambut yang diidamkan.
Berbicara tentang reka bentuknya, ia sangat istimewa kerana ia adalah hairdryer berbentuk lekuk, malah ia memberi pengalaman mengeringkan rambut lebih effortless dan mudah pada setiap sisi kepala. Bukan itu sahaja, hairdryer ini memiliki ion bercas negatif, membantu mengurangkan statik pada rambut, sekali gus meminimumkan kesan kusut dan rambut berterbangan. Dikuasakan oleh motor Dyson Hyperdymium yang berputar sepantas 110,000rpm — menghasilkan aliran udara deras untuk hasil pengeringan pantas dan berkesan.
Senarai Hair Dryer Lain Yang Menarik Dan Mudah Buat Si Jejaka
1) GHD Helios Professional Hairdryer Black RM1250
Pengering rambut yang ringan, pantas dan profesional — direka untuk kawalan penggayaan maksimum
2) Shark Beauty FlexStyle™ Hair Styler HD440SM Black RM1799
Mampu berubah daripada pengering rambut berkuasa dan pantas kepada alat penggayaan serba boleh untuk rambut lurus, beralun, kerinting dan keriting tebal.