LANGGAN

Jung Kook Dilantik Sebagai Duta Global Chanel Fragrance & Beauty

CHANEL mengumumkan pelantikan Jung Kook BTS sebagai wajah global CHANEL Fragrance & Beauty.
Published: December 12, 2025

CHANEL memberi kejutan istimewa buat para peminatnya dengan mengumumkan pelantikan Jung Kook, bintang global juga anggota kumpulan sensasi abad ke-21, BTS sebagai wajah global CHANEL Fragrance & Beauty.

Thomas du Pré de Saint Maur yang juga merupakan Ketua Sumber Kreatif Global untuk Fragrances & Beauty berkata,
“CHANEL berasa amat berbesar hati menyambut kehadiran Jung Kook sebagai duta global untuk Fragrance & Beauty. Saya telah lama mengagumi bakat luar biasanya, perjalanan muziknya serta komitmennya terhadap ekspresi diri dan pilihan kreatif yang berani. Beliau benar-benar mewakili inti pati Maison kami. Jung Kook menjadi inspirasi generasi baharu, membawa semangat dan kreativiti ke mana sahaja dia pergi. Saya sangat teruja untuk kerjasama ini.”

Sebagai ikon muzik dunia, Jung Kook menampilkan keberanian, tenaga dan kreativitinya yang tersendiri. Selain bergelar seorang penyanyi dan penulis lagu, beliau turut dilihat menyerlah melalui beberapa rangkaian karya solonya seperti “Euphoria,” “My Time,” dan “Still With You,” serta kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa seperti Lauv juga Charlie Puth. Jung Kook juga terlibat sebagai penyumbang kreatif dalam beberapa lagu BTS termasuk untuk single Jepun berjudul “Your eyes tell,” “Stay” menerusi album BE dan “Run BTS” daripada album Proof.

Kemunculannya di pentas global terus bersinar apabila diberi peluang untuk menyanyikan lagu “Dreamers” iaitu lagu rasmi untuk acara FIFA World Cup Qatar 2022™, yang juga dipersembahkan secara langsung sewaktu acara pembukaan. Pada Julai 2023, dia melancarkan single solo pertamanya, “Seven (feat. Latto)”, dan menerima pensijilan platinum RIAA pada November 2023 serta menduduki carta tertinggi Billboard Hot 100 dan Spotify ‘Top Song Global’. Disusuli dengan “3D (feat. Jack Harlow)” pada September, Jung Kook kemudian melancarkan album solo pertamanya, GOLDEN, pada November.

Keupayaannya membina kejayaan tanpa batas baik di atas pentas mahupun di studio telah mencerminkan semangat Maison CHANEL yang sentiasa meraikan kreativiti juga inovasi.

Jung Kook

Mengulas tentang pelantikannya, Jung Kook turut berkongsi,
“Saya benar-benar berbesar hati menyertai CHANEL Fragrances & Beauty sebagai duta global. Bagi saya, CHANEL ialah sebuah Maison perintis yang menghargai warisan abadi sambil terus berevolusi dengan sentuhan moden. Sebagai seorang artis, saya berusaha kekal setia pada gaya saya sambil menerima cabaran baharu, dan sebab itu kerjasama ini sangat bermakna buat saya.”

Dengan pelantikan ini, CHANEL sekali lagi menegaskan komitmennya untuk mencerminkan semangat melalui kerjasama bersama individu berpengaruh yang mengilhamkan dan mendefinisikan semula kod-kod kreativiti kontemporari.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down