Pernah tak anda sembur minyak wangi kegemaran pada sebelah pagi, tetapi menjelang tengah hari, baunya sudah hilang entah ke mana? Bukan anda seorang sahaja. Ramai lelaki mengalami kekecewaan yang sama, minyak wangi yang disembur tidak tahan lama seperti yang dijangka. Mudah untuk kita salahkan produk, tapi realiti dan puncanya sering berkait daripada cara tubuh lelaki bertindak balas terhadap haruman itu sendiri.
Setiap tubuh berbeza-beza dan cara sesuatu aroma itu berkembang serta kekal pada permukaan kulit juga bergantung pada beberapa faktor. Daripada jenis kulit, rutin penjagaan diri hinggalah ke cara semburan yang betul. Sebenarnya, ada cabaran yang tertentu dialami lelaki apabila bercakap tentang aroma haruman ini lebih cepat hilang berbanding apabila disembur pada tubuh wanita.
Ini Sebab Bau Minyak Wangi 'Hilang' Dari Tubuh, Lelaki Harus Ambil Tahu!
Jenis Kulit Main Peranan
Sebenarnya, haruman lebih bertahan pada kulit yang berminyak kerana minyak semula jadi kulit dapat membantu “mengunci” molekul bau dan kemudian melepaskannya secara perlahan-lahan sepanjang hari. Disebabkan tahap hormon testosteron yang lebih tinggi, lelaki secara umumnya menghasilkan lebih banyak minyak berbanding wanita.
Namun begitu, bukan semua lelaki memiliki kulit berminyak sepenuhnya. Ramai juga yang mempunyai kulit kering dan kombinasi, terutamanya jika mereka kerap bercukur, menggunakan sabun yang terlalu harsh atau bekerja dalam persekitaran berhawa dingin. Kulit kering sukar mengekalkan haruman kerana kekurangan minyak semula jadi menjadikan bau mudah menguap dan hilang dalam masa yang singkat.
Gambar: pexels
Kulit Kurang Lembapan
Walaupun anda memiliki kulit yang normal, jika anda mengabaikan rutin pelembap, ia sebenarnya boleh menjejaskan ketahanan minyak wangi pada kulit tubuh. Ia memerlukan permukaan kulit yang sedikit lembap agar aroma 'melekat' dengan lebih baik. Jika kulit terlalu kering, ia cenderung untuk menyerap minyak wangi dan menyebabkan baunya cepat hilang. Makanya, luangkan sedikit masa untuk sapukan losen badan terlebih dahulu sebelum menyembur minyak wangi.
Kuat Berpeluh
Lelaki selalunya menjalani gaya hidup yang lebih aktif secara fizikal, baik melalui kerja berat, rutin senaman atau juga aktiviti luar. Berpeluh menyebabkan minyak wangi lebih cepat terurai dan apabila bercampur dengan bau badan semula jadi, ia boleh mengubah karakter haruman atau melemahkannya secara tidak dijangka.
Semakin banyak anda berpeluh, semakin cepat haruman itu menghilang. Inilah sebabnya mengapa minyak wangi sukar kekal lama pada tubuh lelaki yang sentiasa aktif, bukan salah produk, tetapi lebih kepada reaksi semula jadi badan terhadap haruman.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah haruman yang cepat hilang pada tubuh lelaki ini. Namun, anda mungkin ingin mencuba satu petua yang kami yakin berkesan jika diamalkan.
Jeli Petroleum Sebagai Booster Aroma Minyak Wangi Tahan Lama Pada Tubuh
Banyak sebenarnya manfaat jeli petroleum dalam kecantikan dan salah satunya membekalkan lembapan paling optima. Jadi, pastikan anda dapatkan Vaseline di pasaran, ini kerana produk ini mampu mengekalkan aroma minyak wangi pada tubuh badan hingga beberapa jam lamanya berbanding hanya sekadar menyembur haruman begitu sahaja.
Hanya sekadar sapukan lapisan nipis Vaseline pada bahagian tubuh tertentu seperti pergelangan tangan, leher dan inner elbow dan kemudian terus semburkan haruman pada titik tubuh ini tadi. Ingat hanya sapukan lapisan nipis jeli petroleum ini agar tidak meninggalkan kesan kotoran pada baju anda.