LANGGAN

Memorie dari ZEGNA: Koleksi Wangian Yang Memberi Penghormatan Kepada Pengasasnya

Ermenegildo Zegna dan pengalaman hidupnya menjadi sumber inspirasi bagi koleksi wangian Memorie dari ZEGNA.
Published: April 17, 2026
Gambar ilham Zegna

Menjelang abad, ZEGNA telah mengasah kemahiran dan membentuk visi mereka, usaha ini membawa kepada enam wangian dalam koleksi MEMORIE. Nama koleksi ini terbit daripada bahasa Itali yang membawa maksud kenangan. Setiap satu haruman ini melambangkan detik kehidupan, detik-detik yang di bentuk oleh niat, tempat, dan muhibah, melalui harum "memorie", berpusat antara alam semula jadi dan kawasan perindustrian, keperibadian dan cita-cita, pemikiran dan aksi.

Vol. I — Il Calamaio: Terbitnya Matahari, Terbentuknya Idea

Gambar ilham ZEGNA

Il Calamaio, diilhamkan dari perkelilingan Ermenegildo Zegna pada waktu subuh di pejabat peribadinya yang dipenuhi surat khabar, buku berjilid kulit, dan perabot kayu bergilap. Pen di tangan, idea pun mula terbentuk. Nama wangian itu sendiri, bermaksud inkwell atau botol dakwat. Harumannya dari keluarga Leathery Amber dan berintipati Ink Accord, Rose Absolute Turkey dan Oud Accord.

Vol. II — Il Lanificio: Serat Mentah Menjadi Fabric

Zegna
Gambar Ilham ZEGNA

Di dalam kilang wool, yang sarat dengan bau bulu biri-biri. Apabila melepasi dentuman mesin-mesin kilang, suasana menjadi ringan dengan apabila bandela wool membebaskan aroma manis dan melegakan. Disinilah dimana alam semula jadi bertemu perindustrian dan wujud bersama dalam harmoni. Pengalaman ini yang sungguh selari dengan visi ZEGNA dimana kemahiran dan daya cipta manusia diagungkan. Il Lanificio, bahasa Itali bagi kilang wool, membotolkan pengalaman ini dalam wangian Vanilla Suede. Nota utamanya adalah Vanilla Tahitensis, Suede Accord dan Sandalwood.

Vol. III — A Trivero: Jejak Keluar Dari Rumah Menuju ke Dunia

Zegna
Gambar ilham Zegna

A Trivero menceritakan perjalanan Ermenegildo Zegna, dari garaj-nya yang berbau petrol ke udara segar gunung-ganang melalui tingkap keretanya. Dari kediamannya di Trivero, Piedmont ke dunia yang lebih luas, A Trivero merangkap mengalaman ini dengan wangian Aromatic Fougere, bernota asas Lavender, Rose Damascena dan Myrrh.

Vol IV — Il Sotobosco: Belantara Setelah Hujan, dimana Visi Membumi

Zegna
Gambar ilham Zegna

Berhentinya hujan di Oasi Zegna, bumi lembap menghamburkan haruman kaya dengan setiap langkah. Dedaun basah berkilauan, jejarum pain renyah dibawah kaki, dan bau lumut berapungan di udara. Hutan bernafas perlahan dan tembusnya sinaran matahari. Il Sotobosco, bahasa Itali bagi belukar, melambangkan detik kediaman dan pembaharuan dengan mempersembahkannya dengan wangian Woody Spicy bernota utama, Pink Pepper, Carrot Seeds dan Patchouli.

Vol. V — La Paranomica: Jalan Yang Membelah Gunung, Dibentuk Dengan Setiap Langkah

Zegna
Gambar ilham Zegna

Dibawah cahaya terang Ermenegildo Zegna merentasi 232 Road dibarisi dengan pokok-pokok pine yang melembutkan bau tar turapan jalan. Cahaya matahari di tapis oleh dahan-dahan membentuk bayang-bayang yang mengikuti liku-liku perjalanan itu. La Paranomica menterjemahkan pemandangan itu dalam sebuah wangian dari keluarga Fresh Fougere dan bernota asas Pine Needles, Lavender France dan Vetiver Haiti.

Vol. VI — Saga del Piemonte: Cereka Malam, dimana Memori Menjadi Legasi

Zegna
Gambar ilham ZEGNA

Membawa maksud 'Cereka Piedmont' sebuah cerita rakyat yang berasal dari Itali Utara, Saga del Piemonte diilhamkan dari malam-malam penuh ketawa dimana Ermenegildo Zegna beristirahat bersama minuman infusi ceri, mendengar dan mengenang cerita-cerita yang dikongsi. Dengan wangian Woody Gourmand, berasaskan Coffee Accord, Ratafia, dan Cedarwood Virginia, Saga del Piemonte merupakan penutup bagi koleksi ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down