LANGGAN

Seharum Highgrove Gardens

Seperti putera raja yang bakal ditabalkan sebagai sultan, mungkin tu perasaan yang mahu ditafsirkan Truefitt & Hill menerusi koleksi ini.
Published: June 25, 2025

Berisnpirasikan taman mewah yang mentafsirkan prestij dalam ilham kesegaran Highgrove Gardens, Truefitt & Hill memperkenalkan koleksi kapsul mereka yang terdiri daripada rangkaian perapian cukup untuk semua lelaki yang mahukan pengalaman mewah dalam bercukur.

Umum mengetahui, Highgrove Gardens yang terletak di destinasi bukolik Britain menawarkan pengalaman yang cukup mendamaikan dan hal ini disatukan dengan ilham cukup moden dalam koleksi perapian buat lelaki daripada Truefitt & Hill.

Koleksi yang diberi nama HIGHGROVE ini berakar pada landskap mempesona Highgrove Gardens yang terletak bersebelahan dengan kediaman peribadi HM King Charles III. Pohon Cedar of Lebanon menjadi inspirasi utama menghasilkan koleksi yang cukup unik ini.

Ilham Mewah Perapian

Rangkaiannya unik dan tidak hanya memberikan haruman membangkit semata-mata tetapi benar-benar datang dengan pengisian pada penciptaan yang manfaat berguna pati cedar yang menjadi bahan utama produk ini.

Nota asasnya yang lembut pada penyatuan cypress dan lemon disatukan dengan esen lavender, papirus dan vetiver bagi melengkapkan koleksi HIGHGROVE sebagai sesuatu yang tersendiri. Seperti putera raja yang bakal ditabalkan sebagai sultan, mungkin tu perasaan yang mahu ditafsirkan Truefitt & Hill menerusi koleksi ini.

Idea pada kemewahan tidak hanya pada pemilihan bahan dalam penciptaan namun ia ditafsir sempurna pada packaging yang cukup istimewa. Menampilkan lukisan cat air The Cedar Tree, Highgrove hasil karya HM King Charles III.

Diperkemas dengan logo ikonik HIGHGROVE menyerlah dengan palet rona hijau yang cukup lembut dan sinonim dengan makna ketenangan. Ia juga ditafsirkan sebagai sebuah dedikasi khusus Truefitt & Hill untuk Highgrove Gardens.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down