LANGGAN

Chaumet Untuk Hari Bapa

Simbol baru rekaan menawan bertemu warisan daripada Chaumet.
Published: May 20, 2025

Jika dahulu barang kemas dianggap sesuatu yang asing dalam penggayaan lelaki namun tidak hari ini. Ia semakin diterima sebagai medium ekspresi diri yang memiliki esen maskuliniti, memberi makna pada naratif dan menampilkan citarasa lelaki hari ini dalam bergaya.

Bersempena Hari Bapa tahun ini, Chaumet membawa anda untuk mengembalikan tradisi pemberian bingkisan mewah untuk insan tersayang. Mengetengahkan simbol kekuatan, warisan dan keindahan rekaan penciptaan barang kemas untuk lelaki.

Koleksi Bee de Chaumet datang dengan rekaan geometri grafik dan kilauan yang lembut. Memberi nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman. Setiap satu daripadanya mampu menjadi pelengkap gaya dan pada masa yang sama kekuatan dalaman lelaki. Cukup sesuai digayakan dalam pelbagai acara — sama ada di urusan formal malah untuk percutian santai bersama keluarga.

Lebih daripada sekadar aksesori, koleksi ini menjadi lambang kepada transisi seorang lelaki yang memberi refleksi pada personaliti. Dalam dunia yang semakin menghargai keaslian dan kejituan penghasilan barang kemas seperti ini menandakan perubahan cara kita menghargai dan meraikan peranan seorang bapa.

Chaumet tidak hanya menawarkan rekaan yang menawa malah juga satu bentuk penghormatan terhadap warisan maskuliniti yang sofistikated. Bersempena Hari Bapa, hadiahkan sesuatu yang melangkaui kebiasaan — sesuatu yang bermakna dan berkekalan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down