
TUDOR membawakan model Ranger terbaru bagi melengkapkan koleksi jam warisan jenama ini. Ilham kembara kawasan ais pada era 1950-an bersama Ekspedisi British ke Greenland Utara hingga ke bukit pasir Empty Quarter di Arab Saudi bersama Rali Dakar hari ini menjadi naratif TUDOR.
Penciptaannya Ranger yang cukup lasak dan bersesuaian situasi sukar meneruskan legasi ini dengan pembaharuan pada saiz 36mm dengan rona Dune White. Selain dail Dune White yang baru, ia dipertahankan dengan bekas keluli tahan karat dalam 36mm dengan diameter 39mm. Lebih kukuh, tahan lasak dan datang dengan variasi penggunaan.
Sepanjang sejarah penciptaan, Ranger yang mula diperkenalkan pada tahun 1929 oleh Hans Wilsdorft Ranger ini sudah diperkenalkan dengan beberapa variasi penciptaan. Model tanpa tarikh dengan gerakan automatik juga manual memberi pilihan buat pengguna jam tangan ketika itu.


Tradisi penciptaan jam ekspedisi bermula dengan penghasilan Oyster Prince yang pernah digunakan oleh ahli Ekspedisi British ke Greenland Utara. Penghasilan yang dilihat sebagai sesuatu yang lasak, praktikal dan mampu milik.
Penghasilan kaliber yang berprestasi menjadi kelebihan edisi ini dengan kekunci TUDOR T-Fit bersama sistem laras yang dicipta cukup efektif. Kaliber MT5400 bagi edisi 36mm dan MT5402 bagi MT5402 dipersiapkan dengan kemampuan luar biasa sebagai jam tangan yang diperakui ketahanannya.
Beberapa elemen baru dibentuk untuk menyerlahkan rekaan termasuk bahagian tepi bezel dan dail pula, mata yang peka akan menangkap satu perincian berunsur sejarah: penanda jam yang dicat. Berwarna kuning air dan hitam, setiap utas memberikan kontras sempurna dengan dail matte bertekstur.
Jarum berbentuk anak panah menjadi ciri khusus Ranger dengan sentuhan istimewa TUDOR. Hujung jarum dalam rona burgundy berperanan sebagai identiti TUDOR sebagai peneraju jam tangan berprestij.