LANGGAN

Keluli Bertemu Seni Damsyik, Jadi Sendi Ilham Franck Muller

Membuktikan kesenian dan inovasi teknologi hebat bersatu!
Published: October 26, 2026

Penunjuk masa yang menyuguhkan keunggulan jagatraya Damsyik, lalu terdorong untuk mengutip fitur seninya. Franck Muller berinovasi menerusi integrasi teknologi horologi moden dengan percaturan sejarah dan terciptanya Vanguard Damascus.

Kepersisan penciptaan jam tangan kini adalah singkapan kewaspadaan yang bukan hanya seratus peratus tentang teknologi, bahkan mencakupi aspek kesenian. Wajah baharu Franck Muller mengubah gagasan kita fasal seusuatu yang arkaik, sebaliknya menyembuh ia sebagai sendi yang membentukkan rekaan horologi. Darjah kecemerlangan ketukangan purba pedang Samurai dikutip sebagai ilham Franck Muller dalam memperkenalkan Vanguard Damascus. 

Lingkungan kesejarahan Vanguard Damascus mengarah kita ke keistimewaan keluli Damascus (yang berasal dari kota Damsyik), yang memiliki nilai kekuatan serta corak distingtif. Vanguard Damascus menampilkan aloi yang bersifat sofistikated dan digarap bagi menyempurnakan permintaan dalam pembuatan jam tangan. Terhasil daripada keluli tahan karat dan austenit, material ini membenarkan mekanisme gerakan jam tangan tidak terhambat serta memiliki daya ketahanan luar biasa. Penempaan menerusi proses paten menyatukan dua serbuk keluli yang berbeza dan lantas, menghasilkan keluli Damascus tahan lasak serta ketulenan bertahap tinggi. 

Proses tiada tertara daripada Franck Muller

Pengamatan terhadap keunikan karakter material ini diproseskan dengan teliti secara in-house oleh Franck Muller. Pembuatan jam tangan ini membabitkan proses rendaman dalam asid – 10 minit untuk bahagian sarung jam, manakala lima minit untuk bahagian dial – dan daripada rendaman tersebut, ia akan menerbitkan corak lapisan secara semula jadi pada bahagian permukaan. Lantas, terhasil motif yang sangat halus rupanya dan unik. 

franck muller

Tiga model utama menjadi tumpuan dalam koleksi ini, di samping Vanguard Damascus Racing yang bervariasi dengan keterserlahan keseimbangan antara inovasi teknikal keluli Damascus dan kehalusan cabang prinsip Vanguard Racing Skeleton. Vanguard Damascus Racing menyorotkan pandangan kita kepada kemasan terbuka dari aspek rekaan. Penampilan rekaan skeletonized dihuraikan secara teliti sehinggalah ke kedalaman yang halus buatannya dan memperlihatkan kesenibinaan serta kekompleksan inner workings. Bersama rekaan angka yang diperbuat daripada keluli Damascus. 

Di bahagian dalam keluli Damascus ini, terdapat cakera bertarikh skeletonized yang diperincikan kepada bold angular outlines untuk setiap angka berserta kaunter subdial 60 saat di bahagian tengah. 

franck muller
Share this article:
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down