
Franck Muller memperkenalkan koleksi terbaru siri Vanguard dengan rekaan tonneau yang terhasil cukup sporty dengan penciptaan cukup kontemporari. yang bersih yang menjadi simbol. Vanguard
Sport Asia Pacific Exclusive mencerminkan kepakaran maison yang dihasilkan dalam bentuk arca yang meliputi fungsinya.
Menerusi siluet tonneau ini, Vanguard Sport memberikan satu keseimbangan yang jitu antara reka bentuk yang berani dan kegunaan harian yang versatil. Diukir dengan bekas keluli tahan karat V 43, ia digilap tangan bagi menyerlahkan kontur semula jadi jam tangan ini.
Penciptaan dail menjadi tumpuan utama pada jam tangan ini. Ia menampilkan kemasan berus dengan corak guilloche matahari yang menarik dan diperincikan oleh garis-garis bulat yang memancar. Kemasan ini menghasilkan interaksi dinamik cahaya dan bayang-bayang yang menjadi daya tarikan yang luar biasa pada pergelangan tangan.

Vanguard Sport dikuasakan gerakan automatik MVD 2536-SCDT yang memberikan ketahanan sehingga 42 jam. Beroperasi pada frekuensi 28,800 getaran sejam, gerakan ini dibina mengikut piawaian Haute Horlogerie. Kemasan Côtes de Genève pada rotor yang digilap kemasan berlian dengan teknik hiasan yang halus.
Vanguard Sport tampil sebagai jam tangan serba boleh dalam koleksi Vanguard, menggabungkan ciri sport dan keanggunan dengan sempurna. Ia mencerminkan komitmen pembuat jam terhadap kecanggihan fungsi dan reka bentuk abadi, menjadikannya pilihan yang unik untuk gaya hidup
moden.