Secara implisit, hamparan hijau adalah ideograf kelapangan. Dalam menerokai sempadan horologi, kehijauan setolok dengan serlahan imej… lambang megah lelaki. Ciptaan hijau adalah isyarat untuk mendukung identiti! ELLE Men mempersembahkan halaman penghargaan horologi yang berasaskan 'GOING GREEN'.

Sifat elegan CARTIER Tank Louis berharmoni dengan garis rekaan geometri. Keringkasan siluetnya mencerminkan keabadian, sebuah tafsiran yang menghormati warisan.

ALEXANDER SHOROKHOFF Neva Chrono Green menjanjikan pengisian estetika sebagai penceritaan karakteristik. Motif wavy guilloche memapankan nilai rekaannya, menyandiwarakan inspirasi sang pencipta.

Slim. Refined. FRANCK MULLER Vanguard Sfumato Slim dengan kehijauan lembut yang bukan sekadarkan ‘menangkap’ pengalaman visual, bahkan membangkitkan emosi. Dengan kelebaran 41 mm dan saiz 9.1 mm yang pasti tersarung elok sebagai penggayaan tangan.

Lapisan lakuer hijau pada dial LONGINES Hydroconquest menyusupkan idea ekspresi pada aspek intrinsik. Diolah daripada keluli tahan karat dan bezel seramik meluarbiasakan lagi ciptaannya.

HUBLOT Classic Fusion Chronograph Titanium Sage Green 45mm menjambatani semangat kesukanan dengan suavity. Citra ‘tone-on-tone’ melambangkan kesebatian, berimbangan dengan bahan buatan material titanium serta getah.

Keunikan BELL & ROSS BR-03 Green Steel adalah pada kebolehannya yang diperhebat oleh gradasi, lantas mencadangkan pembentukan ekspresi baharu si lelaki. Prestasi horologi yang senada dengan kemahuan masa kini.
Konsep & Penataan Gaya: Ardi Idewani | Arahan Seni: Nabihah Nizam | Fotografi: Soon Lau / Awesome Images | Pambantu Studio: Aizuddin Afiq