LANGGAN

Intepretasi Gender Neutral Bell & Ross

Bell & Ross menongkah arus jantina dalam penghasilan rendisi baru BR-05
Published: June 12, 2025
(Kiri) BR-05 36mm Black Steel; (Kanan) BR-05 Black Steel 40mm.

Nadi baru dalam penciptaan jam tangan yang menjadi legasi serta warisan maison akan sentiasa diteruskan biar berganti generasi. Bell & Ross menerajuinya menerusi kelahiran semulan BR-05 yang datang dengan saiz 36 mm sebagai satu evolusi serta definis baru penciptaannya.

Bell & Ross dikenali dengan ketepatan pada waktu serta kejituan penghasilan yang berkualiti. BR-05 datang dengan saiz lebih kompak 36 mm yang memiliki ketebalan disifatkan cukup nipis iaitu 8.5 mm sahaja. Penghasil jam tangan Franco-Swiss ini menongkah arus penghasilan jam tangan dengan menerajui sesuatu yang berbeza.

"Setiap milimeter itu penting untuk diambil kira agar pemakai dalam merasakan setiap milimeter dihasilkan" kata Bruno Belamich, Pengarah Kreatif dan Pengasas Bersama Bell & Ross. Versi yang lebih kecil dihasilkan bagi memberi sentuhan sofistikated.

SERLAH PERSONALITI

Umum mengetahui BR-05 memiliki struktur penghasilan yang cukup kompleks terutama sekali bahagian permukaan yang bersambung pada bekas. Satu proses pematrian digunakan secara terperinci bagi memastikan skru empat sisi yang terlihat sebagai identiti jenama ini menyerlah.

Banyak hal yang harus supertimbangkan dalam penghasilan jam yang lebih kecil. Satu daripadanya adalah untuk memastikan identiti asas jam tangan ini tidak melalui satu transformasi terlalu jauh dariapda rekaan asal.

Penghasilan dail yang mudah dibaca waktunya menjadi keutamaan Bell & Ross dalam penciptaan jam tangan jenama ini. Jarum diperhalusi dengan angka yang jelas serta penanda aras waktu yang terpapar jelas diperhalusi penciptaannya dengan material Super-LumiNova yang menyerlah dalam keadaan gelap.

Pilihan dail Black Steel, Grey Steel, Ice Blue Steel dan Mother of Pear Steel datang dengan personaliti yang cukup dominan - bergerak sebagai satu karakter yang melambangkan keperibadian pengguna. Setiap satunya dikemaskan dengan efek satin yang gemerlap.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down