LANGGAN

Kredibiliti Sebastian Stan Menerusi Kempen Terbaru Cartier Santos

Dunia baru Cartier de Santos bersama Sebastian Stan
Published: June 9, 2025
Gambar: Mathieu Rainaud / Cartier

Santos de Cartier mula diperkenalkan pada tahun 1904 oleh Louis Cartier untuk rakannya yang juga seorang juruterbang, Alberto Santos-Dumont. Misinya adalah untuk memastikan sistem waktu dapat dilihat dengan tepat ketika penerbangan berjalan. Hasilnya, satu pertembungan waktu dan kemodenan dalam rekaan yang ikonik tercipta sehingga hari ini.

Dihasilkan dalam rekaan empat segi dengan skru pada permukaan beka, Santos de Cartier bercirikan sesuatu yang distingtif dengan nilai estetika dunia pembuatan jam Maison. Dikenali juga sebagai jam tangan uniseks, ia dihasilkan dalam varian saiz berbeza.

Wakilan Jenama

Sebastian Stan dipilih sebagai wajah baru yang memberi definisi sempurna Cartier de Santos. Kecemerlangannya dalam bidang lakonan terbukti saat mengungguli anugerah Golden Globe menerusi filem arahan Craig Gillespie iaitu I, Tonya yang turut memberikannya pencalonan Oscar.

Selain memenangi Golden Globe pertamanya bagi Pelakon Lelaki Terbaik dia turut menerima penghormatan Anugerah Silver Bear bagi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-74 serta anugerah persembahan Nouvel Hollywood di Festival Filem Antarabangsa Deauville untuk lakonannya dalam A Different Man (2024).

Kredibiliti yang dia miliki sebagai aktor yang diyakini menjadi tunjang utama mengapa dia dipilih sebagai wajah wakilan jenama unggul Cartier.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down