LANGGAN

Yosh Yu Persona Longines Yang Baru

Sambutan dunia baru
Published: December 16, 2025

Kecintaan terhadap kehidupan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kerjaya seninya, Yosh Yu telah menyatukan azam dan estetika kerja baik di depan kamera mahupun belakang tabir. Nilai-nilai ini dilihat seiring dengan teras jenama Longines sejak 1832.

Meraikan bakat dalam pelbagai watak, Yosh Yu kini muncul sebagai salah seorang bakat paling menyerlah dalam generasinya. Pelbagai watak dan perwatakan telah dia lakonkan dengan penuh intense dan integriti.

Patrick Aoun, Presiden & CEO Longines, mengalu-alukan Yosh sebagai sebahagian keluarga jenama ini. Dalam ucap hematnya “Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Yosh sebagai Duta Keanggunan baru jenama ini. Keteguhan azam, bakat serta keperibadiannya yang pelbagai mencerminkan makna sebenar."

EDISI KINI THE LONGINES MASTER COLLECTION

Bagi meraikan kalendar Cina Tahun Kuda, Longines memperkenalkan edisi istimewa daripada Master Collection: sebuah penghormatan kepada tahun baharu lunar serta hubungan erat jenama ini dengan dunia ekuestrian.

Dengan kerjasama Muzium Seni Peon di China, Longines telah mengukir dengan teliti motif ikonik daripada lukisan terkenal Galloping Horse karya Peon Xu pada rotor bersalut emas bagi kaliber jam ini.

Setiap gerakan pada pergelangan tangan membuatkan kuda tersebut seolah-olah berlari ke hadapan, sebagai lambang momentum, pembaharuan serta semangat penuh kebebasan dan keberanian. Menampilkan dail merah dengan gradasi yang memukau, Longines Master Collection Year of the Horse dihasilkan dalam edisi terhad kepada 2,026 unit di seluruh dunia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down