
Pengembaraan baru sentiasa menjadi satu keterujaan buat Cartier. Jam tangan Santos de Cartier meneroka dunia kreatif arloji dengan satu inovasi baru. Dan kali ini hadir dengan gabungan material ringan - ultra titanium dengan dail baru yang menyerlah dengan Superluminova®.
Kedua-dua jam tangan berkarakter ini memperkenalkan estetika dan teknikaliti yang mengukuhkan reka bentuk ikonik Santos de Cartier sehingga hari ini.

Berpaksi pada identiti reka bentuk asal Santos, versi titanium ini disifatkan sebagai 43 peratus lebih ringan dan 1.5 kali lebih keras berbanding keluli. Spinel hitam pada pelaras dikemaskan dengan kemasan matte sepenuhnya bagi menonjolkan warna sebenar.

Sentuhan sporty jelas kelihatan pada dail yang menampilkan trek rel dan jarum yang berbalut rona hijau terang SuperLuminova®. Pilihan penuh estetika ini diserlahkan lagi dengan kemasan dail separuh satin dan separuh motif sinaran matahari. Mahkota berbentuk heptagon yang dihiasi spinel biru sintetik bersegi dan bekas jam dengan kemasan satin.