LANGGAN

MING 51.01 Halo: Pesona Titanium Berona Rose Gold

Jam tangan dress eksklusif yang menggabungkan titanium bertekstur kristal dengan kemasan rose gold 5N mewah.
Published: November 11, 2026

Menggabungkan estetika jam klasik dengan pendekatan pembuatan mekanisme jam moden, MING memperkenalkan 51.01 Halo. Ia merupakan sebuah jam tangan dress terbaharu yang tampil dengan kombinasi rona hitam berkilat dan sentuhan rose gold. Dihasilkan dalam bekas titanium Gred 5 berdiameter 37mm, model ini mempunyai ketebalan hanya 8mm serta ukuran lug-to-lug 43mm untuk keselesaan di pergelangan tangan.

Kemasan Estetika Utama

Menariknya, rona rose gold pada bekas jam ini bukan diperoleh daripada penggunaan emas sebenar. Sebaliknya, titanium tersebut melalui proses penghabluran khas dalam ruang vakum pada suhu sehingga 1,200°C sebelum menjalani proses acid etching. Ia dihasilkan untuk menyerlahkan lagi corak kristal semula jadinya. Kemasan salutan PVD 5N kemudiannya memberikan tona rose gold yang lebih hangat dan tersendiri.

Bahagian dail pula menampilkan kemasan lakuer hitam dengan permukaan tengah berkilat serta lingkaran luar berus bulat yang menghasilkan efek opaline. Jarum jam ultra nipis turut menerima kemasan 5N, manakala penanda waktu diukir terus pada kristal nilam berbentuk kotak dan diisi dengan lakuer rona sepadan.

Mekanisme Yang Menggerakkan Jam

Selain reka bentuk uniknya, 51.01 Halo digerakkan oleh mekanisme asas manual-winding La Joux-Perret Calibre 7380.M1. Sistem tersebut hasil kerjasama kedua-dua MING dengan Manufacture La Joux-Perret. Dengan ketebalan hanya 2.7mm, mekanisme ini beroperasi pada frekuensi 3Hz serta menawarkan rizab kuasa sehingga 90 jam. Bahagian belakang jam yang menggunakan kristal nilam turut memperlihatkan jambatan mekanisme berstruktur skeleton dengan kemasan antrasit matte dan perincian anglage yang disiapkan tangan.

Melengkapkan lagi penciptaannya merupakan tali kulit kambing hitam daripada Jean Rousseau Paris, bersama sistem quick-release dan pengancing flying-blade tuck buckle daripada titanium terhablur bersalut 5N. Jam tangan ini turut menawarkan ketahanan air sehingga 50 meter serta waranti mekanikal terhad selama dua tahun.

Dihasilkan dalam edisi terhad sebanyak 150 unit sahaja seluruh duniaa, MING 51.01 Halo ditawarkan pada harga CHF10,900. Tempahan dibuka mulai 10 November 2026 menerusi laman web rasmi MING dan rangkaian pengedar sah antarabangsa. Model ini turut dipamerkan di IAMWATCH, Singapura, dari 12 hingga 15 November 2026.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down