Mempunyai minat mendalam terhadap kartun, komik dan budaya hip-hop sejak usia muda. Katun atau Abdul Hafiz Abdul Rahman berjaya mengangkat seni grafiti tempatan ke pentas antarabangsa menerusi gaya seni visual tersendiri. Dikenali dengan karakter kartun berwarna terang serta perincian teliti, karya seninya bukan sahaja telah menghiasi dinding di pelbagai negara, malah turut pernah menarik perhatian jenama global seperti Mattel menerusi kolaborasi eksklusif permainan Masters of the Universe yang mengukuhkan lagi namanya.
Jaket denim dan seluar jean daripada LEVI'S.
ELLE Men: Dorongan yang menginspirasi anda terus berkarya dan berkreatif dalam bidang diceburi?
Katun: Minat saya terhadap seni lukisan kerana cabaran dunia seni sekarang semakin sukar dengan AI dan pelbagai lagi. Jadi saya ingin menginspirasi anak muda untuk terus berkarya.
EM: Apakah projek yang paling memberi kepuasan dan diingati hingga sekarang?
K: Dapat design spray can sendiri dengan kolaborasi syarikat dari Sepanyol dan saya antara yang artist yang terpilih dari seluruh dunia. Selain itu, pernah hasilkan art untuk Chris Brown.
"Menghormati orang lain dan itulah hal yang akan memudahkan kehidupan seharian serta cara kita bekerja sebagai individu kreatif yang menghasilkan seni"
EM: Apa cabaran terbesar yang sering dihadapi dalam bidang anda?
K: Cabaran saya adalah trend art yang pantas berubah dan variasi demand seni generasi kini.
EM: Di luar dunia kerja, apakah lagu, buku, hobi atau ritual harianon repeatyang mesti dilakukan?
K: Saya tetap akan menghabiskan masa saya dengan melukis. Sentiasa mencari inspirasi di media sosial dan buat apa sahaja yang mencambah idea baru.
EM: Definisikan budaya dengan cara anda?
K: Budaya itu adalah cara kita menghormati orang lain. Itulah juga yang akan memudahkan kehidupan seharian serta cara kita bekerja sebagai individu kreatif yang menghasilkan seni.
EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir.
K: Saya ingin lebih dikenali sebagai pengkarya seni bukan sahaja di Malaysia malah sehingga ke luar negara dengan karya saya. Selain itu saya ingin fokus kerja untuk lebih financially stable dan luas rezeki.