Tahun baru, resolusi baru. Tetapi kadang-kala senarai itu tenggelam dalam rutin harian. Tahun ini, Garmin Malaysia membantu lelaki moden untuk mencapai matlamat dengan perubahan kecil, konsisten, tapi beri impak sebenar.

Untuk lelaki yang mahu kesejahteraan menyeluruh, Venu 4 menawarkan pemantauan kesihatan lengka, dari tidur, tahap hidrasi, tekanan hingga peringatan aktiviti. Display cerah dan interface intuitif memudahkan anda kekal “connected” dengan badan sendiri, sambil menyokong tabiat sihat yang seimbang untuk gaya hidup moden.

Jika salah satu resolusi anda adalah tidur lebih baik pada 2026, Index Sleep Monitor dari Garmin bantu fahami corak tidur tanpa menyukarkan rutin harian. Dipakai di lengan, alat ini merekod masa tidur, kualiti tidur, tahap tidur setiap malam dan kemudian terjemahkan kepada skor mudah difahami. Dengan memahami tidur, lebih mudah kenal apa yang menyokong rehat optimum, sekaligus membina tabiat tidur yang lebih sihat.

Sama ada anda sasarkan larian marathon pertama, 10K atau sekadar rutin larian konsisten, semuanya bermula dengan langkah kecil: bina rutin mingguan, kawal pace, beri fokus pada pemulihan dan pantau progres.
Forerunner 970 direka untuk pelari yang menghargai struktur dan motivasi. Dengan rancangan latihan adaptif, pemantauan prestasi dan recovery, serta bimbingan Garmin Coach, anda boleh melatih diri dengan penuh insight dari pace, heart rate, VO2 max hingga ke guided workouts.

fēnix 8 microLED direka untuk lelaki yang gemar aktiviti lasak dan pengembaraan luar. Dengan navigasi maju, multi-sukan tracking dan paparan display jelas dalam semua kondisi cahaya, ia menjadi peneman anda untuk menjejak laluan, jarak, elevasi dan tahap intensiti latihan.
Daripada mengejar hasil cepat, fokus sepatutnya pada rutin yang realistik dan sustainable. Dengan Garmin Connect+, perubahan kecil menjadi lebih mudah dikekalkan. Alat ini juga menawarkan rancangan latihan personal melalui Garmin Coach, memberi panduan jelas untuk capai matlamat anda.