LANGGAN

Tayangan Perdana Cereka Gentle Monster, Menampilkan Joaquin Phoenix

Dua kepala kreatif bergabung, menghasilkan karya luar biasa.
Published: November 20, 2026
gentle monster

Minggu lalu, Gentle Monster mempamerkan Intelligent Eyewear buat julung kalinya di New York Public Preview. Kehadirannya melontarkan satu persoalan, “What kind of relationship should technology have with humanity?” Ia mencelikkan Intelligent Eyewear, yang bukan sekadarkan cuma medium kemudahan harian namun adalah tafsiran budaya yang melanjutkan horizon tanggapan kotak fikiran manusia dan menjentik penghayatan dunia dalam cara baharu. 

Gentle Monster 'singkir' kelaziman, menyisip prinsip

Hotel yang kelihatan hana serasa asing, menjadi metafora khayalan Joaquin Phoenix yang mendukung karakter Mr.Rogers. Dalaman hotelnya menyisakan rupa hotel klasik, yang disambut permaidani merah dan mukaan marmar yang menggarisbawahi tampilan mengumpamakan kemewahan lama. Petugas pengemasan, pengiring tetamu dan pegawai resepsi menghadirkan keanehan dalam fiil masing-masing, lantas menyulitkan rasa dialu-alukan yang dialami Mr.Rogers.

gentle monster

Apa yang berumbi di perjalanan ‘percutian’ Mr. Rogers ini adalah tersarung kaca mata Intelligent Eyewear daripada Gentle Monster yang mengiringi keberangkatannya. Kaca mata tersebut mengusung setiap pandangan atau pemerhatiannya. Dia saksi semua keanehan dan keluarbiasaan. Membuatkan Mr. Rogers menduga realiti. Yang kemudiannya, ia berkalih ke Mr. Rogers mereluh di atas katil, lalu bermimpi. Memimpikan sesuatu yang pelik dan membangkitkan kegerunan. 

Dan segalanya berpaut antara sesama sendiri – atmosfera, perwatakan masing-masing, gaya yang ditampilkan – adalah cara Gentle Monster beranekdot dengan perencanaan. Memunculkan cereka fesyen pendek yang diarahkan oleh Jonathan Glazer menata naratif yang bersilang di antara absurd, dengan kebimbangan dan ketindihan kelucuan sinis. Kesengajaan Gentle Monster adalah untuk menyingkir sesuatu yang dirasakan tidak berkias atau konvensional, sebaliknya mengundang audiens untuk mengakui keluarbiasaan itu dalam kenyataan dan membutirkan suatu perspektif berbeza. 

Ia bertunas ke pengalaman sinematik yang bersinggungan dengan penegasan terhadap atmosfera, mainan emosi dan mewujudkan khayalan. 

gentle monster

Kolaborasi penghasilan cereka ini mengintegrasikan dua suara kreatif – Jonathan Glazer yang mengingkari untuk terbabas daripada prinsipnya, terutama sekali dalam hal membikin sesuatu karya yang berlabuh dalam cara dia mengomposisikan citra filem, susunan yang serasa terkawal dan plot cerita yang melangkaui norma ; manakala Joaquin Phoenix membutirkan mutu atau kualiti lakonan menaruh keyakinan tinggi, lantas ‘memahalkan’ keseluruhan bahasa cereka tersebut. 

Pada dasarnya, inilah pendekatan Gentle Monster dalam menghadirkan Intelligent Eyewear. Hasratnya adalah untuk melawan konformis, membenihkan pemahaman kita bahawa kaca mat aini bukan sekadarkan medium kemudahan yang maju dari aspek teknologi, malah tersisip lanjutan falsafah kreatif. Inovasi menjadi sebahagian daripada ekspresi budaya dan melapangkan ruang kepada manusia untuk melihat serta menyelami pengalaman di dunia. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down