LANGGAN

Pilihan Aksesori Game yang Terbaik untuk Pengalaman Seperti Pro!

Gabungan produk yang mampu membawa pengalaman gaming ke tahap tertinggi!
Published: June 4, 2025

Dalam dunia gaming, memiliki aksesori berkualiti tinggi bukan sekadar pilihan—ianya satu keperluan bagi mereka yang ingin mencapai prestasi terbaik dan pengalaman paling imersif. Sama ada anda seorang gamer kasual atau profesional, berikut adalah aksesori game yang wajib dimiliki!

SteelSeries Arctis Nova Pro Wireless

Headset premium yang direka khas untuk permainan dan hiburan audio berkualiti tinggi ini dilengkapi dengan teknologi audio Hi-Res, ANC (Active Noise Cancellation), dan sistem dual wireless (2.4GHz & Bluetooth) untuk sambungan serentak ke PC dan telefon. Dengan sistem bateri boleh tukar (hot-swap), anda tidak perlu menunggu pengecasan untuk bermain semula.

Keistimewaan:

  • Audio yang jelas & berdefinisi tinggi
  • Pembatalan bunyi aktif (ANC) dan mod ambien
  • Dua bateri boleh tukar
  • Mikrofon ClearCast Gen 2 dengan noise cancelling
Instagram: @jampacksam

Logitech G Pro X Superlight Wireless Mouse

Direka khas untuk pemain yang memerlukan kelajuan, ketepatan dan ringan. Dengan berat hanya kurang daripada 63g, tetikus ini menggunakan sensor HERO 25K, memberikan ketepatan pixel-level dan tindak balas pantas tanpa lag.

Keistimewaan:

  • Ultra ringan - kurang daripada 63g
  • Sensor HERO 25K berprestasi tinggi
  • Tanpa lag dan input delay
  • Bateri yang tahan lama

Razer Huntsman V3 Pro Keyboard

Razer Huntsman V3 Pro menggunakan optical switches generasi ketiga yang memberikan tindak balas pantas dan ketahanan sehingga 100 juta penekanan. Keyboard ini disasarkan kepada pemain kompetitif dengan Rapid Trigger Mode.

Keistimewaan:

  • Optical switch generasi ketiga
  • Rapid Trigger & adjustable actuation
  • Reka bentuk tahan lasak
  • Pencahayaan RGB sepenuhnya
Instagram: @razer

Xbox Wireless Controller

Xbox Wireless Controller bukan sahaja sesuai untuk Xbox Series X|S tetapi juga serasi sepenuhnya dengan PC, menjadikannya pilihan utama untuk mereka yang bermain merentas platform. Dengan kemas kini terkini, butang baru share dan tekstur grip yang dipertingkatkan, controller ini memberikan keselesaan dan kawalan maksimum semasa bermain.

Keistimewaan:

  • Sesuai untuk Xbox dan PC
  • Reka bentuk moden
  • Butang kongsi share segera
  • Tekstur anti-gelincir pada grip dan trigger

Acer Predator X32 X2

Monitor gaming ini merupakan impian setiap pemain tegar. Dengan panel QD-OLED 4K, kadar penyegaran 240Hz, dan sokongan NVIDIA G-SYNC Ultimate, Acer Predator X32 X2 menyampaikan visual yang ultra lancar dan warna yang menarik. Ia juga menyokong DisplayHDR 1000, menjadikannya sesuai untuk gaming dan kerja kreatif.

Keistimewaan:

  • Skrin QD-OLED 32” 4K UHD
  • Refresh rate 240Hz dengan G-SYNC
  • DisplayHDR 1000 untuk kontras unggul
  • Warna yang menarik dan imersif
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down