Adakah hari ini hari yang sesuai untuk berlari? Sudah tentu, kerana hari ini adalah Hari Lari Sedunia! Disambut setiap tahun pada hari Rabu pertama bulan Jun, hari ini mengangkat semangat serta kesederhanaan sukan larian yang boleh dinikmati sesiapa sahaja, di mana jua. Walaupun ia lebih meriah disambut di Amerika Syarikat, tiada alasan untuk kita tidak turut serta meraikannya di sini.
Berita baik buat pengguna Apple Watch kerana ada ganjaran menarik menanti anda. Jika anda merekodkan senaman larian sejauh sekurang-kurangnya 5KM (3.1 batu) hari ini menggunakan mana-mana aplikasi yang disambungkan kepada aplikasi Health, anda akan menerima anugerah digital eksklusif!
Sama ada anda seorang pelari tegar atau baru sahaja ingin memulakan langkah pertama, berikut adalah tip daripada jurulatih kecergasan profesional untuk membantu anda berlari dengan lebih cekap, selamat dan bertenaga.
“Larian boleh meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan anda. Tetapi jika anda masih baru, pastikan ia menyeronokkan agar anda terus konsisten. Cuba mulakan dengan gabungan berjalan dan berlari untuk membina stamina. Mulakan dengan satu minit berjalan dan satu minit berlari, selama lebih kurang 10 minit. Apabila anda sudah bersedia, tingkatkan tempohnya. Berjalan selama satu minit, berlari selama dua minit. Tambahkan secara beransur-ansur sehingga anda mampu berlari selama mana yang anda inginkan. Sesi Treadmill dalam Apple Fitness+ juga memberikan pilihan untuk berjalan atau berlari, jadi anda boleh menyesuaikan kelajuan mengikut kemampuan anda.” – Apple Fitness+ Trainer, Sherica Holmon
“Tidak kira berapa jauh atau lama anda merancang untuk berlari, kadangkala ia terasa seperti beban yang besar. Untuk kekal bermotivasi, cuba ubah cara anda melihat larian. Jangan fokus kepada keseluruhan jarak atau tempoh. Sebaliknya, pecahkan kepada bahagian kecil yang memotivasikan anda. Mungkin satu kilometer demi satu kilometer; satu lagu demi satu lagu dalam senarai main anda; atau menanda mercu tanda yang anda lewati. Jika anda menggunakan Apple Watch, anda juga boleh menetapkan Time Alerts dalam aplikasi Workout untuk mengingatkan anda pada sela masa tertentu. Eksperimen dan cari apa yang sesuai untuk anda.” – Apple Fitness+ Trainer, Cory Wharton-Malcolm
“Jika anda ingin membawa larian ke tahap seterusnya, sama ada untuk menambah baik kecergasan atau bersedia untuk perlumbaan, sudah tiba masanya untuk melatih kelajuan. Cuba selitkan speed burst pendek dalam sesi larian anda yang seterusnya. Anda boleh menetapkan masa untuk setiap sela, dengan masa pemulihan di antara. Tetapi ia tidak perlu terlalu formal. Saya sendiri suka mempercepatkan langkah sewaktu korus lagu kegemaran saya. Jika anda di luar, cuba pecut ke arah pokok atau bangunan di hadapan. Jika anda seorang yang kompetitif, cuba pintas pelari lain di laluan. Apabila anda semakin terbiasa dengan pecutan ini, anda mungkin akan mula melihat peningkatan dalam kelajuan. Dalam sesi Treadmill di Fitness+, kami gunakan pelbagai darjah cerun dan kelajuan untuk bantu anda melangkah lebih jauh, berlari lebih laju dan tingkatkan kesihatan kardiovaskular. Semuanya mengikut rentak anda sendiri.” – Apple Fitness+ Trainer, Emily Fayette
Terbaru di Apple Fitness+
Atlet lasak, wartawan dan pendukung kesihatan mental Raymond Braun tampil bersama jurulatih Fitness+ Scott Carvin dalam sesi Treadmill istimewa bersempena Hari Larian Sedunia. Apple Fitness+ boleh dilanggan pada harga RM19.90 sebulan atau RM119.90 setahun, dan boleh diakses melalui aplikasi Fitness di iPhone anda.