Di acara Netflix Tudum 2025, Drew Starkey kelihatan menyarung jam tangan Tank Louis daripada Cartier yang diperbuat daripada emas kuning 18 karat dengan berlian dan tali kulit. Dia juga memakai cincin Panthère de Cartier yang diperbuat daripada emas kuning 18 karat dihiasi dengan tsavorite garnets dan onyx.
Pedro Pascal menawan menerusi wataknya sebagai Harry Castillo dalam filem "Materialists". Di pergelangan tangannya, jam tangan Reverso Tribute Chronograph dalam rona emas merah jambu. Definisi keberanian dan elegan yang melengkapkan sisi sofistikated wataknya dengan sempurna.
Aktor British, Corey Mylchreest dilihat di pergelangan tangannya edisi terbaru IWC Portofino Chronograph 39 ketika berada di majlis karpet merah Netflix Tudum 2025: The Live Event. Majlis berlangsung penuh meriah di The Kia Forum, California.
Mata melirik pada jam tangan Jaeger-LeCoultre yang terpapar di poster filem Fountain of Youth. Filem arahan Guy Ritchie ini menampilkan pelakon utamanya seperti Natalie Portman, John Krasinski dan Domnhall Gleeson menyarung jam tangan jenama ini. Di pergelangan tangan Natalie Portman adalah Reverso Classic Duetto dalam rona pink gold. Manakala John Krasinski menyarung Master Control Chronograph Calendar dalam rona pink gold bagi wataknya sebagai Luke Purdue.