LANGGAN

Buletin Arloji Sepanjang Januari

Yang menarik sepanjang bulan ini
Published: January 28, 2026

GANGSA PERDANA
Berikutan kejayaan siri Luminor Marina yang diperkenalkan dalam material keluli dan titanium yang diperkenalkan di Watches and Wonders 2025, Panerai mengorak langkah dalam penciptaan ulung arloji. Luminor Marina PAM01678 menjadi detik penting siri Luminor Marina kerana buat kali pertamanya diperkenalkan dalam material gangsa. Sinonim dengan dunia pelayaran komponen kapal, ia menjadi satu peralihan baru penciptaan jam tangan ini dalam mentafsir perlambangan yeah in January hey please penciptaan yang berketahanan lama dan utuh.

EDISI VINTAJ
MIDO terus menghidupkan diri Multifort TV Big Date menerusi siri S01E02. Diilhamkan oleh zaman kegemilangan televisyen, edisi khas ini menampilkan dail yang cukup menyerlah dengan warna seperti yang dilihat pada televisyen lama. Diserlahkan dengan bezel kelabu dengan indeks dan paparan jan 12 dengan logo ikonik MIDO dalam koleksi arlojinya.

ASPIRASI ANGKASA
Menerusi edisi Moon Walker, CIGA Design menghidupkan semula langkah bersejarah Neil Armstrong sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Dail yang menampilkan penciptaan semula kesan tapak kaki dengan penggunaan imeja berresolusi ultra tinggi NASA. Ia disempurnakan bersama koordinat pendaratan yang tepat serta detik sentuhan pertama dengan permukaan bulan. Permukaan bulan pada dail menjadikan jam tangan ini datang dengan kisah penuh sejarah di pergelangan tangan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down