LANGGAN

Tarikan Chinatown : Moxy Kuala Lumpur Tafsir Semula Gaya Hidup KL!

Moxy Kuala Lumpur Chinatown adalah 'hab' urban terbaru!
Published: June 9, 2025

TYL Hotels merintis jalan ke lokasi yang nyata berbeza atmosferanya, namun punya satu matlamat : mendefinsikan semangat urban! Portfolio YTL Hotels berkembang luas, membuka hotel terbaru yakni Moxy Kuala Lumpur Chinatown – menawarkan pengalaman unik serta dinamik untuk para perantau.

Moxy Kuala Lumpur Jadi Nadi Utama Chinatown

Tengah-tengah deras metropolis Kuala Lumpur, terberumbun bangunan-bangunan tinggi yang hampir mencium langit, namun ada satu tempat terletaknya wadah tumpuan yang membentuk kehomogenan masyarakat – pencinta-pencinta gaya hidup serta seni bina bertemu di Chinatown, lokasi berwarna-warni yang mewajahi kesejarahan Kuala Lumpur. Kedinamikan lokasi ini membuahkan ilham buat YTL Hotels untuk memilih bangunan Oriental Bank di Jalan Hang Lekiu (yang dahulunya pernah menjadi hab kewangan Kuala Lumpur pada era 70-an), mengubahnya menjadi hotel Moxy Kuala Lumpur Chinatown. 

moxy Kuala Lumpur

Memulihara Oriental Bank menjadi mercu tanda baharu Kuala Lumpur, Moxy Kuala Lumpur dibina setinggi 21 aras dan mengekalkan muka bangunan asalnya. Pengekalan muka bangunan yang memimik stail retro ini diumpamakan sebagai ‘binaan’ kapsul masa, untuk memberi penghormatan kepada era 70-an. Terdapat 320 bilik yang menyerupai ruang dalaman moden, yang menawarkan penginapan berteraskan identiti playful Moxy. Mencerminkan sifat kontemporari. 

Reinvents urban hospitality for the next generation of travellers menjadi kata kunci Moxy Kuala Lumpur. Naratif rekaan dalaman serta luarannya menjalin fragmen-fragmen sejarah Chinatown, bermula daripada sentuhan rona merah terang yang mereplikakan pale trona kedai tradisional zaman dulu-dulu sehinggalah hiasan mural yang menyatukan motif warisan dengan gaya seni jalanan. Keseluruhan rupanya diperhebat lagi oleh instalasi lampu neon yang menjentik ingatan kita pada suasana pasa malam Kuala Lumpur. 

moxy Kuala Lumpur

Setiap kamar tidur menampilkan kreativiti pintar dan ada aspek kefungsian. Contohnya, perabit-perabot modular yang bisa mengubah ruang kerja kepada ruang santai, dengan pencahayaan bersifatkan industrial-chic dan karya-karya seni lokal memerihalkan sejarah Kuala Lumpur melalui visual yang menarik. 

Berada dalam lingkungan sejarah Kuala Lumpur, lokasinya sangat strategik. Saat menungkai tapak keluar dari Moxy Kuala Lumpur, terus disambut oleh simfoni pemandangan serta aroma Chinatown. Bila senja menyusul, pengunjung-pengunjung akan menikmati transformasi atmosfera Chinatown, dengan sinaran lampu-lampu tanglung merah menghiasi jalanan yang melengkapi gaya kreatif Kuala Lumpur. 

moxy Kuala Lumpur

Moxy Kuala Lumpur Chinatown turut menampilkan kaunterpoin yang menyempurnakan semangat urban Kuala Lumpur. Yakni Zone In yang berfungsi sebagai hab sosial untuk melengkapkan kesempurnaan pengalaman daftar masuk para perantau dengan hidangan welcome drink, yang dikelilingi ruang sosial dan instalasi seni-seni unik. Sarapan pagi pula di Zone Out, yakni ruang santai untuk chill. 

Di aras atas, terdapat Bar Moxy yang berubah wajah – pada waktu pagi ia adalah kolam renang untuk pengunjung-pengunjung dan bertukar menjadi bar koktel bila menjelangnya senja. Malah, lif-lif hotelnya juga dihiasi mural bermotifkan atmosfera nostalgia Malaysia. 

moxy Kuala Lumpur
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down