Jika sebelum ini rutin grooming anda berlegar idea membersih wajah, bercukur dan wangian sahaja - ini masanya untuk anda pertimbangkan Rhode Glazing Mist. Rhode membawakan Harris Dickinson sebagai wajah wakilan pertama lelaki bagi kempen jenama ini.
Harris Dickinson yang sebelum ini cukup dikenali dengan lakonannya menerusi filem Triangle of Sadness dan Babygirl dipilih sebagai wajah wakilan jenama ini sebagai pentafsiran terbaik penjenamaan Rhode. Menerusi kepen ini, Dickinson dilihat memegang produk terbaru jenama ini iatu Glazing Mist.
Diformulasi dengan gabungan bahan yang memastikan keseimbangan kelembapan kulit untuk mengekalkan seri wajah. Bahan utamanya, Ectoin merupakan bahan asid amino yang mengekalkan kelembapan kulit dalam apa jua keadaan sama ada lembap atau kering.
Satu lagi bahan utama yang digunakan adalah trio ceramide yang membantu menguatkan struktur dan melicinkan lapisan pelindung kulit. Untuk penghidratan, bahan seperti panthenol yang berasal daripada cendawan digunakan bagi memberikan kelembapan serta-merta dan berpanjangan.
Produk cruelty free ini juga bebas bahan pewangi, gluten dan diuji pakar dermatologi yang bertauliah. Satu lagi info menarik produk keluaran Rhode ini adalah ia mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Ekzema Kebangsaan yang menjadikan ia produk yang selamat untuk semua jenis kulit termasuk untuk kulit sensitif.