Memiliki peralatan gim di rumah bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga memberi anda fleksibiliti untuk bersenam mengikut jadual sendiri. Mulakan dengan peralatan asas dan tambah secara berperingkat mengikut keperluan serta ruang yang ada. Yang penting, pastikan anda konsisten dan menikmati setiap sesi senaman!
Dumbbell adalah antara peralatan senaman yang serba boleh. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis latihan kekuatan seperti bicep curl, shoulder press dan lunges. Dumbbell mempunyai pilihan berat tersendiri yang membolehkan anda untuk memilih mengikut berat yang sesuai dengan anda.
Resistance band sangat berguna untuk latihan kekuatan dan regangan. Ia ringan, mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk semua peringkat kecergasan. Tambahan pula, ia sangat berkesan untuk mengaktifkan otot yang sukar dicapai dengan peralatan biasa.
Jika anda melakukan senaman lantai seperti yoga, pilates atau regangan, tikar yoga adalah satu keperluan. Ia memberikan keselesaan dan melindungi badan anda daripada permukaan lantai yang keras.
Untuk kardio yang berkesan, skipping rope atau tali skipping adalah alat yang sangat berkesan. Ia membantu meningkatkan stamina, membakar kalori dan memperbaiki koordinasi badan. Hanya perlukan sedikit ruang, anda boleh dapatkan senaman kardio yang hebat di rumah.
Seperti dumbbell, kettlebell juga bagus untuk latihan kekuatan. Ia sesuai untuk latihan seperti kettlebell swing, goblet squat dan Turkish get-up. Bentuknya seperti kettle, memberikan cabaran tambahan kepada otot anda.
Jika anda mempunyai ruang lebih di dalam rumah atau di dalam bilik dan anda inginkan susana seperti di gimnasium, anda boleh juga mencuba adjustable bench untuk pelbagai latihan kekuatan seperti bench press, dumbbell row dan tricep dip.