LANGGAN

Penghormatan Tod’s Kepada Seni Kehidupan Gaya Itali

Italian Stories
Published: August 27, 2025

Bersempena kehadiran musim luruh/dingin 2025, Tod’s mempersembahkan kempen yang mengangkat seni kehidupan gaya Itali dalam siri Italian Stories jenama. 

Tod's

Bertempat di latar tenang Villa Colucci di Apulia, Selatan Itali, Tod’s mempersembahkan kempen terbaharu yang mencerminkan kehangatan dan keaslian gaya hidup Itali. Kempen musim luruh/dingin 2025/26 ini merupakan bab terbaharu dalam siri berterusan Italian Stories jenama ini . Ia sebagai penghormatan kepada seni kehidupan Itali, di mana keanggunan, spontan dan kegembiraan saat-saat dikongsi bersama bersatu dalam satu naratif.

Menerusi rangkaian visual, dari detik santai di tepi kolam, ke ruang dalaman penuh warna, hingga jamuan mesra di taman. Kempen ini membangkitkan aura elegan tanpa usaha dan sofistikasi yang santai. Dirakam oleh jurugambar dan pengarah Amerika terkemuka Theo Wenner, dengan arahan kreatif oleh Kevin Tekinel dan Charles Levai, kempen ini dilakar melalui babak-babak penuh hubungan serta kemesraan.

Di bawah visi Pengarah Kreatif Matteo Tamburini, Tod’s terus memperbaharui warisan dengan sentuhan moden yang halus. Ia menampilkan koleksi berakar pada mutu pertukangan tinggi serta gaya abadi. Kempen ini menonjolkan rekaan ikonik Tod’s bersama sentuhan baharu:

  • W.G. (Winter Gommino) dan Gommino: But buku lali dan loafer berbatu kecil ikonik Tod’s – simbol gaya hidup Itali kontemporari yang abadi.
  • Beg Tod’s Di Folio: Tafsiran semula yang ramping bagi beg klasik Di Bag, ditakrifkan dengan potongan tepat dan dihasilkan daripada material paling lembut.
  • Beg T Timeless: Keperluan abadi yang diperbaharui dalam kulit lembut dengan tona elegan mengikut musim.
  • Tod’s Pashmy Bomber: Jaket bomber luar biasa lembut, licin dan ringan, dihasilkan daripada suede Pashmy Tod’s – kulit terbaik yang mencerminkan keunggulan dalam pemilihan serta pertukangan, mengingatkan kepada kelembutan halus pashmina.

Menerusi kempen ini, jenama ini mengekspresikan inti pati gaya Itali: mesra, penuh kegembiraan, dan halus. Setiap visual berfungsi sebagai diari indah kehidupan seharian, dipenuhi dengan nilai jenama: kualiti, seni pertukangan, serta kesenangan hidup yang tulen.

Topics: ,
Share this article:
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down