Kukuh berakar umbi dalam fesyen formal, Boggi Milano kini terus mengukuhkan kekuasaan melalui penekanan terhadap inovasi, teknologi dan kelestarian. Pendekatan (Life)style Itali yang eklektik turut merangkumi gaya kasual, aktif, hingga ke fesyen kontemporari.
Kempen musim bunga/panas 2025 kali ini menandakan langkah evolusi penting dalam visi buat jenama asal Milan, Itali ini. Ia menonjolkan identiti sebagai titik pertemuan antara warisan dan inovasi. Babak baharu ini memberikan kuasa kepada nadi sebenar jenama iaitu individual. Ia sentiasa menjadi tunjang kreativiti, semangat, sejarah Boggi Milano, serta gaya unik yang dibawa ke pentas dunia.
Dengan naratif yang asli, musim ini meneroka alam Boggi Milano melalui wajah-wajah komuniti jenama. Ia sebagai cerminan kepada intipati iaitu kepelbagaian personaliti, minat dan gaya hidup yang menemui ruang bersama untuk mengekspresikan diri melalui gaya yang berbeza. Selaku tempat yang meraikan semangat dan emosi, seeklektik gaya-gaya yang dihasilkan. Ia adalah dimensi positif yang disatukan oleh kegembiraan apabila berkumpul bersama. Komuniti tanpa batasan umur atau jantina, lantas menjadi tempat di mana anda boleh menjadi diri sendiri.
Konsep ini menyelami intipati seseorang. Setiap individu mempunyai satu kisah, malah juga banyak kisah-kisah tersendiri. Gaya Boggi Milano menghubungkan mereka dalam mengekspresikan diri dalam melangkaui fesyen serta melangkaui konvensyen. Wajah-wajah dalam kempen ini mengabadikan gaya hidup Itali kontemporari yang bersemangat dan berakar kepada warisan.
Koleksi ini dihidupkan melalui potret-potret penuh ekspresi oleh jurugambar Marc Hibbert. Ia menampilkan naratif yang merakamkan detik-detik penting protagonis, lalu menjadi ‘manifesto visual’ jenama ini. Antaranya pelakon dan pengarah, Maurizio Lombardi; pemuzik, Sidy Casse; dan pemain tenis muda, Francesco Passaro. Personaliti masing-masing yang kuat, dengan laluan kejayaan yang berbeza daripada kreativiti hingga ke sukan. Setiap satu membawa warisan Itali dengan interpretasi cemerlang terhadap semangat untuk berjaya.