Sejak pengenalan gerakan legenda 9P pada tahun 1957, diikuti dengan 12P yang berevolusi pada tahun 1960 - Piaget telah menetapkan piawaian dalam pembuatan jam ultra-nipis mereka. Koleksi Altiplano lahir daripada semangat inovasi ini yang telah menjadikan ia cukup sinonim dengan penciptaan mekanikal, teknikal dan keaslian penciptaan.
Dengan ciptaan terbaru ini, Piaget menulis satu lagi bab baru sebagai tradisi yang menggabungkan kemahiran artisan. Altiplano mencipta rekodnya tersendiri dengan melangkaui batas baru yang berakar umbi daripada kelangsungan kejayaan Altiplano Ultimate Concept yang memenangi anugerah berprestij Aiguille d’Or di Grand Prix d’Horlogerie de Genève pada tahun 2020.
Selepas pelancaran Altiplano Ultimate Concept Tourbillon 150th Edisi Terhad pada tahun 2024, jenama ini memberi pengenalan baru yang menyerlah dengan palet warna sofistikated hijau khaki dan emas kuning. Bekas aloi kobalt ini masih mengekalkan ketebalan hanya 2.0mm. Seperti yang sentiasa menjadi pegangan Piaget, inovasi teknikal bukanlah satu matlamat semata-mata tetapi merupakan medium untuk mencapai ketulenan estetikanya.
Menerusi ciptaan ini, seni pembuatan jam ultra-nipis menjadi wadah untuk menzahirkan sesuatu yang lebih besar — satu visi keanggunan di mana mekanik seakan lenyap dalam rekaan. Menerusi terampilan terbaru ini, Piaget turut merakam momen istimewa bersama Lee Jun Ho yang menyarung koleksi terkini Altiplano.