
Terhasil unik dalam penciptaan jarum saat, minit dan jam. BEAUBLEU Seconde Francaise 19.24 White Ivory rona biru jarumnya menjadi daya pengikat.

Penciptaan mewah yang tak lekang dek waktu. JAEGER-LECOULTRE Reverso Tribute Nonatieme Enamel terhasil cukup klasik, tersendiri dan memiliki naratif yang cukup diperakui.

Semangat baru penciptaan dunia arloji dihidupkan menerusi edisi PIAGET Altiplano 910P. Penghasilannya klasik dan menyerlah tersendiri dengan dail hijau yang dominan.

CERRUTI 1881 Dervio Men Chronograph Dail biru menyerlah dengan perincian emas yang membaluti sempurna sebuah penciptaan jam tangan.

Dail unik yang terhasil pada penciptaan VACHERON CONSTANTIN Historiques American 1921 ini menjadi bukti tiada batasan dalam penciptaan.

ORIENT STAR Open Heart Auto adalah jawapan pada rekaan klasik yang mentafsir definisi maskulin sebenar.

BREITLING Navitimer dicipta utuh untuk penggemar kronograf. Kejituan penciptaan bertemu satu komplikasi teknikal yang sempurna di tangan.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Fotografi: Herbe Yap (Rare Haus Studio)
Grooming: Ayang Kamel
Model: Mikhael Ilyan (KICG Models)