LANGGAN

Harman Kardon SoundSticks 5

Ikon reka bentuk pembesar suara terkini
Published: November 12, 2025

Tidak banyak pembesar suara di dunia yang boleh di sifatkan karya seni namun Harman Kardon SoundSticks dikecualikan. Diperkenalkan lebih dua dekad lalu, reka bentuk telus dan futuristiknya kini diabadikan di Museum of Modern Art (MoMA), New York. Hari ini, ia kembali dengan wajah baharu yakni SoundSticks 5, evolusi termaju yang membawa gabungan keindahan dan kejelasan audio ke tahap seterusnya.

Reka bentuk SoundSticks 5 kekal setia pada siluet ikoniknya, namun kini tampil lebih matang dalam bentuk dan fungsi. Dilengkapi sistem akustik tiga hala dengan tweeter baharu pada setiap pembesar suara satelit, bunyi vokal dan instrumen dihasilkan dengan kejelasan tinggi manakala subwoofer bawah menyalurkan bass yang dalam dan tepat.

Menggunakan bahan-bahan premium, tersedia dalam kemasan putih cerah atau hitam smoked glass-effect, SoundSticks 5 layak diangkat sebagai objek seni moden. Sistem pencahayaan ambien terbaharunya menampilkan lima mod dinamik berinspirasi alam seperti Ocean dan Sunrise bersama pilihan warna statik untuk mencipta suasana tersendiri. Pencahayaan lembut pada satelit dan subwoofer juga menambah lapisan visual yang hipnotik, seolah-olah muzik “bernyawa” di dalam ruang.

SoundSticks sentiasa menyatukan reka bentuk elegan dengan prestasi audio unggul. Versi baharu ini meraikan legasi itu dengan inovasi visual dan akustik yang lebih mendalam,” ujar Grace Koh, Naib Presiden Audio Pengguna, Harman Kardon Asia Pacific.

Kawalan kini lebih intuitif dengan sentuhan lembut di bahagian bawah satelit kanan manakala aplikasi Harman Kardon One memberikan akses penuh kepada tetapan pencahayaan dan EQ. Sambungan Bluetooth 5.4 dan Auracast™ juga memudahkan penyambungan berbilang pembesar suara tanpa wayar, manakala port HDMI ARC menjadikan integrasi dengan TV semudah satu kabel. Segalanya lengkap dengan Dolby Audio untuk pengalaman sinematik di rumah.

Sama ada ia ditempatkan di ruang kerja, ruang tamu atau bilik hiburan, SoundSticks 5 menjadi penegasan bahawa gaya dan teknologi boleh hidup seiring. Harman Kardon mahu terus menghidupkan setiap detik dengan bunyi yang bukan sekadar untuk didengari tetapi dirasai.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down