LANGGAN

vivo X300 Ultra Menjadi Peranti Utama Generasi Hari Ini

Refleksi budaya fotografi dan videografi era kini
Published: May 25, 2026

Hari ini, telefon pintar bukan lagi sekadar peranti untuk komunikasi atau media sosial. Ia sudah menjadi kamera utama untuk merakam perjalanan, konsert, suasana kota dan momen harian. Ramai pengguna kini lebih menghargai pengalaman menggunakan kamera yang pantas, mudah dan mampu menghasilkan visual berkualiti tanpa perlu terlalu bergantung kepada peralatan profesional. Menerusi vivo X300 Ultra, ia hadir dengan sebuah flagship yang dibina untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman mobile photography yang lebih intuitif dan sinematik dalam kehidupan seharian.

Kamera Telefon Kini Bukan Lagi Sekadar Kamera Tambahan

vivo X300 Ultra tampil bukan sekadar sebagai telefon pintar premium tetapi juga sebuah alat kreatif mudah alih. Ia cuba merapatkan jurang antara kamera profesional dengan gaya hidup digital masa kini. Keistimewaan model ini bukan hanya terletak pada kerjasamanya bersama ZEISS tetapi juga bagaimana sistem kameranya dibangunkan untuk pelbagai situasi dunia sebenar.

Sistem ZEISS Triple Prime Lenses yang hadir pada jarak fokal 14mm, 35mm dan 85mm misalnya memberi fleksibiliti seperti menggunakan set lensa profesional dalam tubuh sebuah telefon. Lensa ultra wide 14mm pula tidak lagi menghasilkan imej yang terlalu distort seperti kebanyakan telefon lain. Malah ia lebih praktikal untuk landskap, seni bina atau rakaman travel yang lebih dramatik.

Era Kandungan Sinematik Dalam Poket

Namun kekuatan sebenar X300 Ultra terletak pada keupayaannya memahami budaya visual hari ini. Dalam era TikTok dan Reels, ramai pengguna kini lebih gemar merakam video berbanding mengambil gambar. Menyedari perubahan ini, vivo memperkenalkan sistem rakaman sinematik lengkap yang menyokong Multi-Focal 4K 120fps Dolby Vision serta rakaman 10-bit Log pada semua kamera belakang. Bagi pencipta kandungan, ciri ini memberikan footage dengan ruang warna lebih luas dan dynamic range yang lebih baik. Ia juga membolehkan proses colour grading dilakukan dengan lebih fleksibel, seakan menggunakan kamera profesional.

Gambar diambil dengan vivo x300 Ultra

Apa yang menarik, vivo tidak menjadikan fungsi ini eksklusif untuk videographer profesional sahaja. Sistem telefoto 200MP dengan gimbal-level stabilization misalnya membolehkan rakaman zoom kekal stabil walaupun dirakam secara handheld.

Rekaan Yang Lebih Dekat Dengan Estetika Kamera Klasik

Dari sudut estetika pula, vivo X300 Ultra tidak cuba tampil futuristik secara berlebihan. Rekaan kameranya diinspirasikan daripada kamera klasik, lengkap dengan tekstur knurled dan kemasan metal yang memberi karakter lebih refined. Berbanding kebanyakan flagship lain yang terlalu minimal atau agresif, ia tampil dengan identiti visual yang lebih tersendiri. Walaupun masih kelihatan moden, peranti ini mempunyai karakter yang semakin sukar ditemui dalam pasaran telefon pintar hari ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down