Peminat kecergasan dan gaya hidup aktif kini mempunyai sebab baharu untuk mengunjungi pusat membeli-belah 1 Utama. Salah satu sebabnya kerana pembukaan semula Under Armour Brand House yang kini tampil dengan wajah serba baharu. Ia menandakan fasa baharu dalam perjalanan retail mereka, memperkenalkan Brand House City Concept. Lebih jelas lagi, ia ruang yang direka untuk menggabungkan prestasi, inovasi dan gaya sukan di bawah satu bumbung.

Menampilkan kombinasi warna ikonik merah, hitam dan putih, butik seluas 4,067 kaki persegi ini akan memberikan pengalaman beli-belah lebih berinspirasi. Sama ada untuk latihan sukan solo, aktiviti berpasukan atau sekadar mengekalkan gaya hidup sihat. Semua pengunjung kini boleh meneroka apa jua koleksi terkini Under Armour. Segalanya tersedia dalam kategori seperti Training, Running, Golf, Meridian Collection dan rangkaian UA Unstoppable sportstyle.
Bermula 13 November 2025, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan ganjaran khas eksklusif di Under Armour Brand House, 1 Utama. Antaranya adalah hadiah, diskaun istimewa hingga hidangan kopi oleh duta jenama Jeff Lau, seorang pelari ultramaraton.
Dengan pembukaan semula ini, Under Armour 1 Utama dilihat mahu menjadi satu destinasi beli-belah pakaian sukan yang meraikan tenaga, disiplin dan semangat juang kesukanan. Bab baharu ini menandakan komitmen Under Armour untuk terus memperkasa individu mencapai prestasi terbaik sama ada dalam dan luar gelanggang.